Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Frequently
Asked Question

Hubungi<br>Kami

Contact
Us

Maklum Balas<br>& Aduan

Feedback
& Report

Peta<br>Laman

Site
Map

Public Content

FOTO JUN 2024

JUN

Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kedua Mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2)
11/6/2024

Meeting Of Asian Regional National Coordinators for The Management Of Animal Genetic Resources in the South Asian Region
4/6/2024

Read more …FOTO JUN 2024

  • Last updated on .
  • Hits: 2028

FOTO JULAI 2024

JULAI

Lawatan YB Datuk Arthur Joseph Kurup Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Duriotourism MARDI Kuala Kangsar
28/7/2024

Lawatan Kerja YB Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
21/7/2024

Lawatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor Ke Taman Agroteknologi MARDI Tanjung Karang (TATMTK) sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Kuala Selangor
12/7/2024

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M
7/7/2024

Read more …FOTO JULAI 2024

  • Last updated on .
  • Hits: 2175

FOTO OGOS 2024

OGOS

Temubual Eksklusif Ketua Pengarah MARDI di Bernama Radio di dalam Segmen REAKSI Bertajuk 'Padi Wangi Baharu'
28/8/2024

34th Malaysian Veterinary Association (MAVMA) and 7th International Conference on Animal Nutrition (ICAN) 2024
24/8/2024

Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Spesialti Baharu FELCRA MRQ 107 dan MRQ 111
14/8/2024

Himpunan Pembebasan Palestin
4/8/2024

Read more …FOTO OGOS 2024

  • Last updated on .
  • Hits: 2101

PUSAT KECEMERLANGAN (COE) PENYELIDIKAN MARDI

PUSAT KECEMERLANGAN (COE) PENYELIDIKAN MARDI

Pusat Kecemerlangan atau Centre-of-Excellence (COE) Penyelidikan MARDI diwujudkan pada sekitar tahun 2015 yang bertujuan untuk mengangkat martabat MARDI sebagai institusi penyelidikan terulung dan terhadapan dalam bidang agromakanan. Ia juga berperanan sebagai Pusat Rujukan Kepakaran bagi aktiviti penyelidikan komoditi atau bidang pengkhususan terpilih. COE MARDI dibangunkan berteraskan lima kriteria utama iaitu keupayaan kepakaran, peruntukan kewangan bagi tujuan penyelidikan, ketersediaan aset dan infrastruktur sokongan, jaringan kerjasama R&D&C&I, dan outcome serta impak projek penyelidikan yang dilaksanakan. Kini terdapat enam Pusat COE MARDI iaitu:
  • Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Padi dan Beras atau Rice@MARDI

    Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Padi dan Beras atau Rice@MARDI yang terletak di Jalan Paya Keladi/Pinang Tunggal, Kampung Permatang Durian, Kepala Batas, Pulau Pinang terlibat dalam menjana teknologi seperti varieti padi MR 323, MR 324, MR 326, MR 330, MR 331, MR 297, kaedah kawalan padi angin dan pakej pengurusan penyakit hawar bulir bakteria (BPB) bagi tanaman padi.

  • Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Buah-buahan Tropika

    Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Buah-buahan Tropika yang terletak di Sintok, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah terlibat dalam menghasilkan varieti/klon buah-buahan seperti rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, mangga Red Blush serta nanas Line 6. Di samping itu, penanaman varieti popular tempatan turut dilaksanakan seperti mangga Harumanis, Chokanan, durian MDUR 88, MDUR 79 dan MDUR 78.   

  • Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Tanaman Kelapa

    Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Tanaman Kelapa yang terletak di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan bagi tanaman dan hasilan kelapa. Di antara hasil penyelidikan yang dijalankan adalah beberapa varieti kelapa hibrid baharu, kaedah pengawalan biologi menggunakan kumbang Palma Merah (RPW), formulasi biopestisid kawalan penyakit bintik daun kelapa CocoGuard™ serta teknik penghasilan bahan lignin-kompleks bernilai tinggi daripada sabut kelapa.

  • Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Tanaman Ubian

    Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Tanaman Ubian yang terletak di Kampung Aur, Mukim Telong, Bachok, Kelantan memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan bagi tanaman dan hasilan ubian. Di antara hasil penyelidikan yang dijalankan adalah varieti ubi keledek bernutrisi tinggi, teknologi fertigasi bagi pengeluaran keledek dan halia, kaedah pengurusan lepas tuai ubi keledek ungu mutan, teknologi penanaman keledek tanpa tanah, kaedah pengawalan penyakit virus keledek secara biologi, kaedah pembajaan optimum bagi peningkatan kemanisan keledek serta kaedah pengendalian lepas tuai ubi keladi.

  • Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Ternakan

    Pusat Kecemerlangan (COE) Penyelidikan Ternakan yang terletak di Jalan Kluang-Kota Tinggi, Kluang, Johor memfokuskan kepada aktiviti penyelidikan bagi ternakan. Di antara hasil penyelidikan yang dijalankan adalah baka lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit, baka kambing Katjang x Boer (BK), baka ayam kampung MARDI/ayam Saga, teknologi pemakanan tepat bagi ternakan ruminan (kambing BK, lembu Brakmas dan lembu KK Elit) serta teknologi pengeluaran telur ayam kampung berfungsi.

  • Pusat Kecemerlangan (COE) Teknologi Tanah Tinggi

    Pusat Kecemerlangan (COE) Teknologi Tanah Tinggi yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang tidak memberikan fokus terhadap sesuatu komoditi tetapi tumpuan diberikan kepada bidang penyelidikan yang melibatkan aktiviti agromakanan di kawasan tanah tinggi. Di antara hasil penyelidikan yang dijana sejak 2015 adalah seperti model ladang contoh bagi pertanian organik di kawasan tanah tinggi, teknologi penghasilan baja berasaskan asid nitrohumik (NHA), teknologi pengeluaran tanaman organik menggunakan BioRichar™ serta teknologi kawalan biologi CabbioSheild™ bagi tanaman kubis.

Kembali

Read more …PUSAT KECEMERLANGAN (COE) PENYELIDIKAN MARDI

  • Last updated on .
  • Hits: 34707