Jasin, Melaka, 12 April 2026 – Program Kampung Angkat MARDI dan Projek Penternakan Ayam Saga sebagai Sumber Daging di Komuniti Daerah Jasin, Melaka telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Yuhaizad Bin Abdullah, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertempat di Balai Raya Kampung Chinchin Hulu, Jasin, Melaka sebagai inisiatif memperkasa komuniti melalui pemindahan teknologi pertanian dan penternakan.
Program Kampung Angkat MARDI merupakan pendekatan strategik dalam mendekatkan teknologi pertanian kepada komuniti luar bandar bagi memastikan hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan secara langsung oleh masyarakat serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Antara pengisian program ialah Kursus Penternakan Ayam Saga, yang memperkenalkan baka ayam kampung asli premium hasil penyelidikan MARDI yang sesuai diternak secara kecil-kecilan sebagai sumber daging dan telur serta berpotensi menjana pendapatan tambahan kepada isi rumah. Inisiatif ini juga menyokong usaha kerajaan memperkukuh sekuriti makanan negara melalui penggunaan baka tempatan yang mampan dan berdaya saing.
Menurut Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani, program ini mencerminkan komitmen MARDI dalam memastikan teknologi pertanian sampai kepada masyarakat dan memberi impak kepada peningkatan produktiviti serta kesejahteraan komuniti. Setiausaha Politik KPKM pula menegaskan bahawa kerajaan terus komited memperkukuh sektor agromakanan melalui penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi bagi menghadapi cabaran global seperti gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos makanan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan touch point kepada 20 orang penduduk Kampung Chinchin Hulu dan Kampung Chinchin serta simbolik penyerahan teknologi Greenkit, iaitu inovasi pasu tanaman kendiri MARDI yang menggunakan konsep siraman kapilari bagi memudahkan penanaman sayuran dan ulaman secara lestari dan efisien.
Program Kampung Angkat MARDI di Kampung Chinchin Hulu dan Kampung Chinchin diharap dapat menjadi model komuniti pertanian yang berjaya memanfaatkan teknologi moden serta menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Ashraf Mukhlis Bin Minghat, Pengerusi FAMA Corporation Sdn. Bhd, pegawai kanan MARDI serta pemimpin komuniti serta penduduk setempat.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Ashraf Mukhlis Bin Minghat, Pengerusi FAMA Corporation Sdn. Bhd, pegawai kanan MARDI serta pemimpin komuniti serta penduduk setempat.
TAMAT
Pengarang
-
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia
-
Pusat Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang
Selangor -
03-8953 7201
-
03-8953 7220
-
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. -
https://www.mardi.gov.my
Bahasa Melayu
English