Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Soalan
Lazim

Hubungi<br>Kami

Hubungi
Kami

Maklum Balas<br>& Aduan

Maklum Balas
& Aduan

Peta<br>Laman

Peta
Laman

Perkhidmatan

Koleksi Kultur Makanan Berfungsi
(CFFC)


SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyimpan kultur pemula tulen menggunakan kaedah stok gliserol, pengeringan sejuk beku & penyimpanan krio.
  • Menyedia pangkalan data kultur & makanan terfermentasi tempatan.
  • Menyokong IKS, universiti & industri melalui bekalan kultur serta bimbingan teknikal.

PENGENALAN

Pembangunan CFFC adalah selaras dengan usaha mewujudkan Koleksi Kultur Kebangsaan untuk menyimpan, mengurus dan menggunakan sumber agro biodiversiti sebagai warisan negara. Kultur daripada makanan terfermentasi tempatan telah dipencil, disaring, dicirikan dan dikenalpasti (PCR). Ketahanan terhadap keasidan, kemasinan, suhu pertumbuhan tinggi, aktiviti anti‑mikrob dan protease turut dinilai. Kaedah penyimpanan mengikut piawai diaplikasi bagi memastikan viabiliti dan ketulenan kultur.

OBJEKTIF

  • Membekalkan kultur pemula yang tulen secara berterusan kepada pengusaha tempatan, universiti dan sektor swasta.
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti produk fermentasi tempatan melalui penggunaan kultur pemula yang tulen.
  • Membantu produk tempatan bersaing dengan produk makanan berfungsi antarabangsa seperti kimchi, sauerkraut, nato dan kefir.
  • Berfungsi sebagai pusat penyimpanan (depository) bagi kultur makanan berfungsi dari institusi penyelidikan atau universiti tempatan.
  • Menyediakan sistem pangkalan data yang sistematik yang boleh digunakan oleh universiti, institusi penyelidikan dan sektor swasta dalam penyelidikan.
  • Bertindak sebagai platform bagi pembangunan lanjutan produk makanan berfungsi menggunakan kultur pemula CFFC yang tulen.
TEKNIK PENYIMPANAN & KEMUDAHAN

01

01

Teknik Pengeringan Sejuk Beku — Mesin
02

02

Teknik Pengeringan Sejuk Beku — Ampul
03

03

Teknik Pengeringan Sejuk Beku — Kabinet
04

04

Teknik Krio — Tangki Nitrogen
05

05

Teknik Krio — Tiub Krio

SISTEM PANGKALAN DATA

Sistem katalog dengan pengimbas kod bar dan pelabelan tiub krio berkod bar dibangunkan untuk mengekalkan keterlacakan (traceability) dan integriti data kultur.

01

01

Sistem Katalog
02

02

Pengimbas Kod Bar
03

03

Tiub Krio Berkod Bar

HUBUNGI

Pengarah
Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI‑UPM
43400, Serdang, Selangor.

No. Tel: 03‑8953 6400   •   No. Fax: 03‑8953 6500



  • Dipapar pada 17 September 2026
  • Dikemaskini pada 17 September 2026