Teknologi MARDI
Page 1 of 9
-
KAWALAN BIOLOGI DARI BIODIVERSITI TEMPATAN
PAKEJ PENTERNAKAN LEBAH KELULUT (HETEROTRIGONA ITAMA)
Pakej ini dibangunkan bagi menghasilkan rantaian agar proses penternakan bagi spesies lebah kelulut tidak terhenti pada peringkat tertentu, lebih lestari dan menjamin kemandirian koloni dan kualiti madu yang dihasilkan.Penggunaan ratu secara invitro di dalam koloni. (A) Ratu yang dimasukkan ke dalam koloni melalui proses persenyawaan. (B) Ratu muda yang dihasilkan melalui proses in vitro BIOPESTISID MULTI VIRUS BAGI KAWALAN PEROSAK LEPIDOPTERA SAYURAN KRUSIFER
Biopestisid ini diformulasi khusus bagi mengawal serangga perosak Lepidoptera utama sayuran krusifer (kubis bulat, kubis cina, sawi, kailan, brokoli, dan kubis bunga) iaitu ulat ratus (Spodoptera litura), ulat Plutella (Plutella xylostella), ulat jantung kubis (Crocidolomia pavonana) dan ulat jalur (Hellula undalis).
PEMELIHARAAN SECARA MASSA AGEN KAWALAN BIOLOGI DIADEGMA SEMICLAUSUM, COTESIA VESTALIS DAN TRICHOGRAMMA CHILONIS BAGI PENGAWALAN SERANGGA PEROSAK UTAMA TANAMAN
Teknologi ini khusus untuk memelihara secara massa (besar-besaran) tiga jenis parasitoid iaitu Diadegma semiclausum, Cotesia vestalis dan Trichogramma chilonis. Serangga bermanfaat ini merupakan musuh semula jadi kepada perosak Lepidoptera yang menyerang tanaman sayuran dan jagung seperti Plutella xylostella, Spodoptera litura dan Spodoptera frugiperda. Pemeliharaan parasitoid peringkat larva iaitu D. semiclausum dan C. vestalis dijalankan menggunakan larva perosak P. xylostella pada anak tanaman kubis dalam makmal. Pemeliharaan parasitoid telur T. chilonis pula dijalankan menggunakan campuran sekam padi, dedak padi dan beras hancur sebagai makanan utama perumah, Corcyra cephalonica.Kitaran hidup T. chilonis yang dipelihara pada telur perumah C. cephalonica -
MYGENEBANK™
BANK GEN KEBANGSAAN
Bank gen agrobiodiversiti mempunyai enam stesen utama iaitu Serdang, Jerangau, Seberang Prai, Jelebu, Kemaman dan Bintulu. Serdang dan Seberang Prai menumpukan pada bank gen biji benih, manakala yang lain membangunkan bank gen ladang. Aktiviti pemuliharaan padi dijalankan di Seberang Prai, manakala tanaman herba, ubatan dan tradisional di Jerangau. Serdang turut menjadi pusat utama bagi pemuliharaan buah-buahan eksotik dan natif serta tanaman pertanian lain. Koleksi bank gen kini melibatkan 19,315 spesies dan berkembang secara tahunan.Bank Gen Agromakanan Kebangsaan – Kompleks MyGeneBank™ Bank Gen Padi Kebangsaan di MARDI Seberang Perai
JANAPLASMA BUAH-BUAHAN NADIR
Merangkumi aksesi elit buah-buahan dan koleksi pemuliharaan buah-buahan di MARDI SerdangPLOT PENAIKSKALAAN MANGGA LIAR
Plot penaikskalaan aksesi elit kuini (Mangifera odorata) melibatkan sebanyak 5 aksesi elit di MARDI Sintok, Kedah.JANAPLASMA KELADI
Janaplasma tanaman keladi (Colocasia esculenta) merangkumi aksesi tradisional keladi Malaysia di MARDI Serdang.JANAPLASMA UBI-UBIAN LIAR DAN TRADISIONAL
Janaplasma ubi-ubian liar (Dioscorea, Amorphophallus dan Coleus) untuk potensi keterjaminan makanan masa hadapan.HERBARIUM MDI
Koleksi rujukan spesimen agrobiodiversity Herbarium MDI di Kompleks MyGeneBank™.MAKMAL FITOKIMIA
Fasiliti penyelidikan Makmal Fitokimia untuk analisis sebatian kimia berpotensi dari sumber agrobiodiversiti di Kompleks MyGeneBank™. -
ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM DAN CUACA EKSTREM
TEKNOLOGI ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM BAGI TANAMAN PADI MELALUI KAEDAH PENGURUSAN AIR SECARA TEPU DAN LEMBAP
Teknologi adaptasi perubahan iklim melalui kaedah pengurusan air secara tepu dan lembap merupakan salah satu strategi penanaman padi secara lestari. Pengurusan air alternatif ini dapat menjimatkan sehingga 35% input air, mengurangkan 30 – 55% pembebasan gas metana dan mengekalkan hasil padi yang tinggi sekitar 6 – 7 t/ha.Keadaan tanah lembap bagi pengurangan tempoh anaerobik tanah -
PENEROKAAN SUMBER MAKANAN MASA HADAPAN
PAKEJ LENGKAP PENANAMAN KUINI (MANGIFERA ODORATA)
Merupakan hasil penyelidikan dan pengumpulan data tanaman kuini sejak awal tahun 2000. Ia merangkumi maklumat botani, nutrisi, keperluan asas penanaman, pengendalian lepas tuai, pengurusan perosak dan penyakit dan analisis ekonomi pengeluaran kuini untuk memaksimumkan potensi dan populariti spesies ini untuk kepelbagaian segmen pasaran agribiodiversiti.
TEKNOLOGI PENGELUARAN TANAMAN KELADI BERSKALA PERINTIS
Penanaman sumber baharu karbohidrat adalah penting bagi memastikan keterjaminan makanan di Malaysia. Keladi merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan karbohidrat di negara ini. Teknologi pengeluaran keladi ini amat relevan kepada industri pertanian negara dan merangkumi aspek-aspek pencirian morfologi, hubungan genetik, nutrisi, agronomi, perosak dan penyakit, pembangunan kultur tisu serta analisis ekonomi dan pasaran.TEKNOLOGI PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELADI (COLOCASIA ESCULENTA)
Teknik bagi memanjangkan hayat simpanan dan mengekalkan kualiti ubi keladi (Colocasia esculenta) segar menggunakan pakej pengendalian yang optimum bermula daripada penuaian pada indeks kematangan yang sesuai, perapian, sanitasi, rawatan pengawetan pada suhu, kelembapan relatif dan tempoh yang optimum, menggunakan bahan pembungkusan yang sesuai dan penyimpanan pada suhu optimum. -
MITIGASI DAN PERTANIAN LESTARI
TEKNOLOGI PIROLISIS BAGI PENGHASILAN BIOCHAR DAN CUKA KAYU DARI SISA PERTANIAN
Teknologi ini merupakan pirolisis bagi penghasilan biochar dan cuka kayu daripada sisa pertanian merupakan kaedah efektif pengurusan sisa pertanian melalui teknik pirolisis (slow pirolysis) yang dapat menghasilkan biochar dan cuka kayu. Cuka kayu yang dihasilkan merupakan bahan bersifat asid yang bermanfaat kepada tanaman sebagai penghalau serangga selain berkesan sebagai biofungisid.
TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA LANDSKAP BERSKALA BESAR MELALUI KAEDAH PENGOMPOSAN
Pengomposan sisa landskap dapat menambah baik teknik pelupusan sedia ada dan menyumbang kembali kepada pihak MARDI dengan menggunakan semula kompos yang telah dihasilkan untuk tujuan penanaman.TEKNOLOGI MITIGASI PEMBEBASAN GAS RUMAH KACA BAGI TANAMAN PADI MELALUI APLIKASI MIKROB PENGURAI JERAMI
Dapatan kajian awal melalui proses Life Cycle Assessment (LCA) menunjukkan 76.85% pembebasan gas rumah kaca (GHG) daripada penanaman padi berpunca dari kaedah penanaman secara anaerobik. Salah satu alternatif bagi mengurangkan pembebasan GHG ini adalah melalui aplikasi mikroorganisma yang dapat membantu kadar pereputan (degradasi) jerami di lapangan.