Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Soalan
Lazim

Hubungi<br>Kami

Hubungi
Kami

Maklum Balas<br>& Aduan

Maklum Balas
& Aduan

Peta<br>Laman

Peta
Laman

Teknologi MARDI

Halaman 9 dari 9: Halaman 9


Teknologi Tanaman Industri
  • KELAPA
    MARENA

    Kelapa hibrid MARENA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. 
     
    MARLECA

    Kelapa hibrid MARLECA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun.

     
    CARENI

    Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Nias Green Dwarf (NGD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. 
     
    MYLAG

    Kelapa hibrid MYLAG adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun.

     
    MYLECA

    Kelapa hibrid MYLECA adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 23,000 biji/ha/tahun. 
     
    CARECA

    Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Catigan Green Dwarf (CTAD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. 

     
  • UBI-UBIAN
    VITATO

    ANGGUN 1

    ANGGUN 2

    ANGGUN 3

    LEMBAYUNG
    VARIETI UBI KELEDEK BERNUTRISI TINGGI

    Pembangunan ubi keledek menyasarkan varieti baharu superior berhasil dan bernilai tinggi, kaya nutrisi serta memberi pulangan ekonomik kepada pengusaha dan pengeluar ubi keledek khususnya dalam industri makanan.


     
    TEKNOLOGI FERTIGASI KELEDEK

    Sistem penanaman keledek secara fertigasi dapat meningkatkan pengeluaran keledek berkualiti. Pembajaan merupakan salah satu komponen yang penting dalam meningkatkan hasil tuber keledek. Keledek memerlukan nutrisi tanaman yang seimbang pada setiap peringkat tumbesaran. Oleh itu, satu baja khusus bagi meningkatkan tumbesaran dan hasil tuber keledek telah dibangunkan oleh MARDI.



    Baja fertigasi keledek
    Penanaman keledek secara fertigasi Hasil ubi menggunakan baja fertigasi keledek
     
    BIOPESTISID BAGI KAWALAN ULAT PUTIH TANAMAN KELEDEK

    Formulasi berasaskan kombinasi ekstrak tumbuhan bagi kawalan ulat putih di lapangan melalui kaedah siraman/takungan (reservoir method).

     
    KAEDAH KAWALAN BINTIK DAUN CURVULARIA BAGI TANAMAN KELEDEK

    Formulasi berasaskan ekstrak herba daripada rempah ratus dan tumbuhan bagi kawalan penyakit bintik daun Curvularia. Kadar peratus indeks penyakit (PDI) berkurang sebanyak 72% setelah semburan kedua dilakukan.

     
    PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELEDEK

    Teknologi pengendalian lepas tuai ubi keledek telah dibangunkan meliputi indeks penuaian, sanitasi, pengawetan (curing), pembungkusan dan penyimpanan.


     
    PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELADI WANGI

    Teknologi pengendalian lepas tuai yang dibangunkan dalam kajian ini mengambil kira penuaian ubi keladi pada waktu yang tepat dan ini amat penting bagi ubi keladi bagi memastikan kualiti yang premium, bernutrisi tinggi dan mempunyai rasa yang optimum. Ubi keladi perlu diawet untuk mengekalkan kualiti (memulihkan kecederaan mekanikal pada kulit, mengurangkan lasticisi bergabus, mengekalkan kesegaran pseudostem, melambatkan pertumbuhan fungus) dan memanjangkan hayat simpanan.

     
    APLIKASI PLANT GROWTH REGULATOR (PGR) BAGI MENINGKATKAN HASIL TANAMAN KELEDEK

    Aplikasi PGR dapat meningkatkan hasil keledek (2.4 kg/pokok menggunakan sistem fertigasi dan 1.2 kg/pokok bagi kaedah konvesional) berbanding dengan tanpa PGR (1.5 kg/pokok menggunaan sistem fertigasi dan 0.86 kg/pokok menggunakan kaedah konvensional).
  • BIJIRIN

    KAEDAH KAWALAN IPM BAGI SERANGGA PEROSAK FALL ARMYWORM (FAW) TANAMAN JAGUNG

    Kaedah kawalan IPM bagi jagung bijian dilaksanakan dengan pemasangan perangkap feromon dan semburan tiga jenis racun iaitu racun bio dan racun kimia secara bergilir berdasarkan tahap serangan FAW pada umur pokok berbeza.
     

    TEKNOLOGI PENGELUARAN JAGUNG BIJIAN

    Teknologi ini dibangunkan oleh MARDI untuk menangani isu kekurangan pengeluaran jagung bijian tempatan dan kebergantungan sumber jagung bijian import bagi penghasilan makanan ternakan. Garis panduan (SOP) pengeluaran jagung bijian telah dibangunkan merangkumi pemilihan varieti, amalan agronomi, pengurusan penyakit dan perosak dan pengendalian lepastuai yang efisien.
  • KOPI
    KLON KOPI LIBERICA MARDI: MKL 8, MKL 9 & MKL 10

    Tiga klon kopi Liberica baharu telah dilancarkan pada tahun 2023. Potensi hasil kopi jambu (coffee berry) antara 17 – 25 t/ha iaitu 60% lebih tinggi daripada hasil klon kopi Liberica komersial. Hasil kopi beras (coffee bean) antara 1.9 – 2.7 t/ha dengan peratus pertukaran kopi jambu ke kopi beras yang tinggi antara 9.9 – 10.8% iaitu 25% lebih tinggi daripada hasil klon kopi Liberica komersial.
     
    MINYAK KOPI HIJAU KAYA FITONUTRIEN DAN ASID LEMAK

    Kopi hijau klon Liberica MARDI (MKL 5, MKL 6 dan MKL 7) yang telah dirawat dengan 0.25% garam telah digunakan sebagai bahan mentah bagi penghasilan minyak oleoresin kopi hijau dengan kandungan utama asid linoleic dan fitosterol yang tinggi. 

     
    TEKNIK PENGERINGAN OPTIMUM BIJI KOPI HIJAU (COFFEE BEAN)

    Biji kopi daripada klon terpilih iaitu MKL8, MKL9 dan MKL10 dituai pada tahap kematangan optimum dan dikeringkan dalam pengering mekanikal pada suhu 60 °C selama 8 jam bagi setiap 5 kg biji kopi.
     
    TEKNOLOGI PEMBIAKAN MASSA BAHAN TANAMAN KOPI

    Kajian pembiakan massa kopi Liberica dilaksanakan menggunakan kaedah keratan batang orthotropic kopi Liberica telah berjaya dijana dengan peratus kejayaan melebihi 80% hidup dengan tempoh pengeluaran dapat dipendekkan kepada 8 – 9 bulan.
Page