Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Bengkel MARDI Tingkat Kerjasama ASEAN

MARDI-CAPSA-ERIA

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurkan bengkel latihan serantau bagi meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan negara-negara ASEAN dalam pengurusan pemindahan teknologi pertanian secara berkesan.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata bengkel empat hari sejak semalam itu merupakan platform untuk para peserta dan pakar berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai teknologi dengan petani di rantau ini.

"Keadaan dunia sekarang dapat dilihat melalui perubahan cuaca yang mempengaruhi aktiviti pertanian dan perlunya teknologi untuk memastikan bekalan makanan mencukupi bagi jangka panjang," katanya selepas merasmikan dua bengkel serentak di sini, hari ini. Bengkel pertama iaitu Bengkel Teknikal Kesan Taburan dan Perubahan Strategi Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim ke atas Jaminan Bekalan Makanan di Rantau ASEAN bermula semalam manakala bengkel kedua iaitu Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pemindahan Teknologi untuk Kelestarian Pertanian bermula hari ini.

Seramai 53 peserta dari negara-negara Asia Pasifik menghadiri bengkel itu yang dianjurkan MARDI bersama-sama Centre for Alleviation of Poverty Through Sustainable Agriculture (CAPSA-UNESCAP) dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA).

Turut hadir Pengarah CAPSA-UNESCAP Masakazu Ichimura dan Pegawai Kanan Ekonomi ERIA Dr Venkatachalam Anbumozhi.

Sementara itu, MARDI dalam kenyataannya menyatakan bengkel teknikal itu bertujuan mendapatkan pemahaman tentang isu-isu yang berkaitan dengan bencana alam dan perubahan iklim serta kesannya kepada jaminan bekalan makanan di rantau ini.

Ini akan memberi ruang untuk membincangkan langkah-langkah dan strategi yang diperlukan untuk meningkatkan daya tahan kepada perubahan iklim di Negara-negara rantau ASEAN.

Bengkel kedua, yang berlangsung tiga hari, pula memberi fokus kepada pemindahan teknologi dalam mengenal pasti cabaran-cabaran untuk memindahkan teknologi dan inovasi pertanian secara efektif kepada sektor pertanian di seluruh rantau Asia Pasifik.

Kedua-dua bengkel itu membincangkan kaedah terbaik untuk mengekalkan ekosistem pertanian yang sihat, mengukuhkan kapasiti dalam penyesuaian perubahan iklim hari ini seperti cuaca ekstrem, kemarau, banjir dan bencana-bencana lain serta meningkatkan kualiti tanah.

Para peserta berkenaan juga akan melawat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, iaitu pusat industri halal pertama di Malaysia, bagi mendalami peranannya sebagai pusat halal logistik, penyelidikan dan pembangunan produk halal, pusat pembungkusan dan label halal.

Selain itu, mereka akan mengunjungi Pusat Kecemerlangan (COE) herba di MARDI Linggi Melaka untuk melihat bagaimana teknologi minyak pati dipindahkan kepada pengeluar yang terlibat untuk tujuan pengkomersilan.

- BERNAMA


Last Updated 2017-07-20 00:25:13 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017