Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Memperkukuh Kekuatan Negara Melalui Jaminan Keselamatan Makanan

 

 

Langkawi, 21 Mac –  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) buat pertama kalinya telah menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’17) yang berlangsung dari 21 sehingga 25 Mac 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi, Kedah. Ruangan pameran yang diuruskan oleh MARDI ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Dengan tema ‘Defending the Nation through Food Security’, fokus utama pembabitan Kementerian di LIMA’17 adalah bertujuan untuk memperkenalkan jaminan bekalan makanan atau food security kepada umum. Food security melambangkan keupayaan dan kekuatan sebebuah negara menghasilkan makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti; bekalan (avaibility), mudah diperoleh (accessibility), harga yang munasabah (affordability) serta keselamatan kualiti (safety quality). Malaysia berada di tangga ke-35 dalam aspek jaminan bekalanan makanan. Singapura pula di tangga ke-3, China ke-42, Thailand ke-51, Vietnam ke-57, Indonesia ke-71 dan Filipina ke-74. (sumber: Global Food Security Index)

Kini, dianggarkan lebih 21,000 orang mati setiap hari disebabkan oleh krisis makanan yang teruk. Dari jumlah itu, lebih satu per sembilan atau kira-kira 795 juta penduduk bumi masih kekurangan zat makanan. Mereka terdiri daripada penduduk dunia yang tinggal di negara-negara yang sedang menghadapi peperangan atau ditimpa kebuluran dan bencana alam.

Dalam mengekalkan sumber makanan yang mencukupi, usaha yang berterusan Kementerian dan Agensi adalah sangat penting terutama dalam menghadapi era yang kian mencabar, penduduk yang semakin meningkat serta perubahan iklim.

Bagi menangani isu-isu ini, salah satu objektif utama Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan. Beberapa inisiatif telah dirangka untuk menjamin bekalan makanan termasuklah meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beberapa komoditi penting agromakanan.

Penggunaan teknologi yang maju, jentera moden, teknologi pertanian tepat dan pembangunan infrastruktur yang lengkap sewajarnya dapat memenuhi keperluan penggunaan domestik seperti beras yang kini berada pada tahap 72% SSL . Peningkatan SSL tersebut adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan berterusan, perkhidmatan pengembangan serta amalan agronomi lebih baik yang menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan pengeluaran hasil tani negara.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Dr. Sharif bin Haron, Ketua Pengarah MARDI, Tuan Haji Hassan Said, Pengarah Pusat Promosi Teknologi MARDI.



Program Perhubungan Awam,
Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti MARDI.


Last Updated 2017-03-22 12:31:14 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017