Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Perkhidmatan

1. Pembacaan/Rujukan Bahan-Bahan 

Bahan-bahan untuk pembacaan dan rujukan hendaklah digunakan di tempat-tempat yang disediakan. Bahan-bahan yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan di atas meja atau troli yang disediakan untuk disusun semula oleh staf Pusat Ilmu. Pengguna tidak dibenarkan sama sekali meletakan di rak yang tidak betul.

2. Perkhidmatan Pencarian Bahan

Perkhidmatan ini membantu pengguna mencari dan memperoleh maklumat asas yang diperlukan melalui bahan-bahan Pusat Ilmu yang relevan. Perkhidmatan ini diperoleh di Sub-Program Perkhidmatan Pengguna atau di kaunter Pusat Ilmu di Tingkat Bawah. Pustakawan dan Penolong Pustakawan serta petugas kaunter yang bertugas akan membantu untuk mencari maklumat atau bahan dengan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Ilmu.

3. Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) disediakan disebabkan bahan-bahan diperlukan 
tidak terdapat di Perpustakaan sendiri, dan diperoleh dari perpustakaan lain. Perkhidmatan juga diberi kepada permintaan PAP dari perpustakaan luar.

4. Program Literasi Maklumat (PLM)

  • Pusat Ilmu menyediakan PLM meliputi program-program berikut:


         PLM Pegawai Baru 
         Penggunaan Pangkalan Data Elektronik/Jurnal Dalam Talian 

  • Semua warga MARDI boleh mengikuti program yang disediakan. 


5. Salinan Foto

  • Perkhidmatan Salinan foto diberikan dengan bayaran tertentu seperti ditetapkan dalam Peraturan Perkhidmatan Pusat Ilmu.
  • Kadar bayaran akan disemak dari masa ke masa.
  • Pengguna diingatkan supaya mematuhi Akta Hakcipta.

 



Last Updated 2016-05-03 12:25:29 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017