Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Koleksi Bahan

Susunan Koleksi
 
1. Koleksi Umum

Terdiri dari buku-buku dalam pelbagai bidang perkara terutamanya dalam bidang pertanian. Buku-buku disusun di atas rak mengikut nombor panggilan (UDC). Koleksi ini ditempatkan di tingkat satu Pusat Ilmu. Koleksi ini boleh dipinjam mengikut kelayakan pegawai/kakitangan MARDI. Bagi pengguna luar, pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pinjaman Antara Perpustakaan
 
2. Koleksi Buku Peperiksaan

Koleksi ini merupakan bahan-bahan rujukan peperiksaan bagi tujuan pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, KPSL dan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Koleksi ini ditempatkan di tingkat bawah Pusat Ilmu MARDI. Bagi pengguna luar, pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pinjaman Antara Perputakaan.
 
3. Koleksi Buku Rujukan 

Koleksi rujukan terdiri daripada buku-buku seperti kamus, ensiklopedia, buku tahunan, manual, direktori dan sebagainya. Bahan ini juga disusun mengikut nombor panggilan dan ditempatkan di tingkat satu Pusat Ilmu. Koleksi-koleksi ini tidak boleh di pinjam dan hanya sebagai rujukan sahaja
 
4. CD-ROM 

Koleksi CD-ROM terdiri daripada beberapa tajuk berkaitan bidang pertanian iaitu : 

  • AGRICOLA (1970-Dis 1996)
  • Analytical Abstracts (1980-Sept 1996)
  • CAB Abstracts (1972-2004)
  • Derwent Biotechnology Abstracts (1982-Mac 1997)
  • TROPAG & Rural (1975-Dis 1996)
  • Wilson General Science Abstracts (1984-Mei 1995)

 
5. Bahan Bersiri

Koleksi bahan bersiri terdiri daripada jurnal-jurnal penyelidikan berkaitan pertanian. Ia merangkumi jurnal-jurnal terkini, kebelakangan dan berjilid yang diperoleh oleh Perpustakaan secara langganan, pertukaran dan hadiah. Koleksi terkini ditempatkan di tingkat bawah Pusat Ilmu.
 
6. Koleksi Terbitan MARDI

Koleksi ini terdiri daripada jurnal, laporan, panduan, prosiding dan brosur yang diterbitkan oleh MARDI. Ianya ditempatkan di tingkat bawah. Pusat Ilmu. Hanya bahan tertentu sahaja yang boleh dipinjam bagi kategori koleksi jenis ini
 
7. Koleksi Statistik

Koleksi Statistik terdiri daripada koleksi data seperti laporan kaji cuaca, laporan taburan hujan, laporan perangkaan dan sebagainya. Koleksi ini ditempatkan di tingkat satu Pusat Ilmu.
 
8. Koleksi Thesis

Koleksi ini terdiri dari tesis dan disertasi yang ditulis oleh pegawai-pegawai MARDI dan di tempatkan di Bilik Tesis yang terletak di tingkat satu Pusat Ilmu. Pengguna yang ingin merujuk kepada koleksi ini boleh membuat permohonan di Pejabat Am tingkat yang sama. Bahan ini hanya untuk rujukan di Pusat Ilmu. Pengguna yang ingin membuat salinan foto perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penulis
 
9. Bahan Dalam Talian

  • CABI Primary Journal
  • FootNetBase
  • Knovel Library (e-Book)
  • PlantPhysiology
  • Plant Cell
  • International Journal of Technology Management (IJTM)
  • Online Digital News Paper (NSTP Online)
  • Springer
  • CAB e-Book
  • CAB Abstract Plus
  • Acta Horticulturae

 
10. Akhbar/Keratan Makalah Akhbar

Terdiri dari keratan akhbar harian dalam bidang perkara yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan MARDI. Ianya ditempatkan di tingkat bawah Pusat Ilmu.

 

 



Last Updated 2016-05-03 12:24:21 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5385 Tarikh Kemaskini :25-05-2017