Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Kisah Kejayaan

Bestari Quality Meat Sdn Bhd maju atas bantuan MARDI 

Biarpun memiliki Ijazah Perakaunan, Mohd Nezuri Ghani/hj.Mohd. Fauzi Hamid memang tidak ragu-ragu untuk menceburkan diri dalam industri makanan berasaskan daging. Tanpa pengalaman yang banyak, beliau memulakan perniagaan pada tahun 2003 dengan nilai pelaburan RM0.5 juta. Disebabkan kekurangan pengalaman, syarikat beliau iaitu Bestari Quality Meat Sdn Bhd telah berhadapan dengan pelbagai masalah berkenaan mutu produk. Mohd Nezuri berkata, sebelum ini kualiti produk yang dikeluarkan adalah pada tahap kualiti yang rendah, tidak dapat disimpan lama serta pengeluaran yang semakin menurun terutama apabila melibatkan pengeluaran secara komersial. "Ketika itulah saya mula terfikir untuk mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan. Apa yang ada dalam fikiran hanyalah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mengadu, meminta bantuan dari segi khidmat nasihat," kata usahawan yang peramah, kreatif dan inovatif ini. Tanpa berlengah lagi, syarikat ini telah memohon bantuan serta kepakaran pihak MARDI memperbaiki kualiti produk yang dikeluarkan oleh kilangnya di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Automasi

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat berkenaan, MARDI telah menghantar beberapa orang pegawainya untuk memberikan nasihat teknikal yang berkaitan. "Ketika itu MARDI benar-benar memberikan pelbagai jenis bantuan seperti meningkatkan sistem pengeluaran kepada automasi sepenuhnya dan meningkatkan kualiti bagi memenuhi keperluan perundangan makanan”. "MARDI juga banyak memberikan maklumat dan panduan ke arah memperolehi sijil GMP dan HACCP," katanya. Mohd Nezuri merupakan seorang usahawan yang bukan saja tabah dan sabar menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan tetapi juga sentiasa berusaha dengan gigih untuk meletakkan perniagaannya sebaris dengan pengeluar produk makanan berasaskan daging yang terkemuka di negara ini. "Semasa kami memerlukan bantuan, pihak MARDI memberikan khidmat nasihat dalam membangunkan produk baru, meningkatkan kualiti, pembungkusan dan pelabelan bagi meluaskan pasaran," katanya yang sukakan perubahan dan sentiasa mencari teknologi baru yang dapat digunapakai dalam perniagaannya. Bagi meningkatkan pengeluaran, MARDI telah memindahkan teknologi penyediaan bahan mentah, pemotongan, pengisaran daging, adunan produk serta sistem pengeluaran automasi.

Berkualiti

"Selepas menerima pelbagai bantuan daripada MARDI, Bestari Quality Meat berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran dan jualan ke tahap yang lebih baik dan memuaskan. Bukan itu saja malah produk yang dikeluarkan lebih berkualiti dan tahan lebih lama serta mempunyai rasa yang lebih sedap" katanya.Mohd Nezuri yang banyak dibantu oleh isterinya Wan Zaimah Wan Muhamad serta sembilan orang pekerja berupaya mengeluarkan 6,000 karton iaitu 500 keping atau biji bagi satu karton untuk produk hasilan daging dalam bentuk kepingan burger dan bebola daging. Dengan pasaran tempatan secara runcit dan melalui tempahan daripada Giant dan Ikea, Bestari Quality Meat mempunyai nilai jualan antara RM0.98 hingga RM1 juta."Saya ingin melahirkan rasa terima kasih kepada pihak MARDI yang telah banyak membantu usahawan, khususnya usahawan Bumiputera, seperti Bestari Quality dalam memperbaiki kualiti hasilan produk dengan teknologi yang terkini.” - Mohd Nezuri Gani.

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 12:18:41 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6277 Tarikh Kemaskini :28-06-2017