Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Tatacara Kod dan Etika Pelajar

Pelajar mestilah mematuhi semua peraturan / kod etika sepanjang menjalani Latihan Industri di MARDI seperti berikut:

Pematuhan kepada Peraturan MARDI

  • Pelajar tidak dibenarkan menggunakan akaun pengguna anggota MARDI atau membenarkan orang lain menggunakan akaunnya ketika menggunakan komputer atau mengakses maklumat.
  • Pelajar dikehendaki berada di premis yang telah ditentukan oleh Penyelia sahaja sewaktu menjalani latihan industri.
  • Pelajar boleh menggunakan kemudahan perpustakaan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, pelajar tidak dibenarkan membawa keluar bahan rujukan atau bacaan dari perpustakaan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pegawai bertugas di perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa pelawat ke pejabat MARDI tanpa sebarang tujuan rasmi.
  • Pelajar adalah dilarang daripada membuat sebarang kenyataan atau respon kepada mana – mana pihak atau membuat sebarang kenyataan rasmi bagi pihak MARDI kepada media masa.
  • MARDI boleh membuat pindaan dan penyesuaian terhadap garis panduan ini dari semasa ke semasa di mana perlu.
  • MARDI berhak menamatkan latihan yang diberikan pada bila – bila masa kepada mana – mana pelajar yang tidak mematuhi garis panduan ini dan melanggar sebarang peraturan yang berkuatkuasa di MARDI.


Pematuhan kepada Kod Etika MARDI

  • Berkelakuan dan beradab sopan terhadap anggota Institut, rakan pelajar/penyelidik dan pelanggan MARDI;
  • Sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan keadaan dan peraturan pemakaian di MARDI;
  • Mempamerkan Kad Pengenalan diri yang dibekalkan;
  • Mematuhi masa bekerja dan segala peraturan MARDI seperti anggota yang lain;
  • Mendapatkan kebenaran Penyelia sebelum menggunakan kelengkapan, kemudahan dan peralatan makmal/pejabat;
  • Menghadiri taklimat/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawab;
  • Tidak mengambil cuti sepanjang masa menjalani Latihan Industri kecuali dengan kelulusan MARDI;
  • Menghubungi pihak MARDI dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kerana kecemasan atau cuti sakit;
  • Menghubungi pihak MARDI sekiranya terpaksa sampai lewat atas sebab yang tidak dapat dielakkan;
  • Memelihara keselamatan harta MARDI serta menggunakannya dengan baik;
  • Tidak membocorkan rahsia atau memberi maklumat sulit MARDI kepada mana – mana pihak semasa melaksanakan penyelidikan atau sesudahnya;
  • Menandatangani satu perjanjian (Confidentiality Agreement) bagi memelihara segala rahsia atau hak – hak yang berhubungkait dengan MARDI;
  • Menjaga nama baik MARDI; dan
  • Menunjukkan kesungguhan dan daya usaha tinggi semasa menjalani latihan industri di MARDI;

 

 



Last Updated 2016-05-03 12:15:19 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017