Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Kisah Kejayaan

KHM Strawberry and Jams Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat usahawan IKS yang menjadi Usahawan Bimbingan MARDI. Pemiliknya, Tn. Hj. Khairani Mohd telah dilantik sebagai peserta Test Bed Teknologi MARDI Cameron Highlands bermula pada tahun 2005. Dengan nilai jualan tahunan yang telah mencecah lebih RM50,000.00 tidak hairanlah bahawa produk syarikat ini telah berjaya memasuki pasaran runcit melalui agen-agen pengedar, pihak FAMA dan dipasarkan secara terus. Selain itu, beliau juga telah banyak mengikuti misi perdagangan ke luar negara bagi mencari peluang pemasaran di negara-negara seperti China dan Taiwan.

Hasil bantuan MARDI, kini syarikat beliau telah mampu mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan buah strawberi seperti puri, jem, kordial, sos/topping dan minuman terus dengan kadar pengeluaran sebanyak 3,000 botol sehari. 

Di samping latihan in situ yang diberikan di Test Bed Teknologi MARDI tersebut, MARDI turut memberi bantuan khidmat nasihat teknikal secara berterusan berkenaan kawalan mutu dan pelabelan produk-produk keluaran KHM Strawberry dan Jams Sdn. Bhd agar produk tersebut lebih berdaya saing serta mampu memasuki pasaran antarabangsa. MARDI juga telah memberi bantuan dari segi pembangunan Pelan Operasi Sandard (SOP) mesin dan peralatan pemprosesan produknya. 

Kini, Tn. Hj. Khairani Mohd berhasrat untuk mengembangkan operasi pengeluaran produk syarikat beliau dengan membangunkan kilang miliknya sendiri di Cameron Highlands, Pahang.

 

 



Last Updated 2016-05-03 12:06:12 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6832 Tarikh Kemaskini :28-07-2017