Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
PERKHIDMATAN

Skop Perkhidmatan

Makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan berskala kecil di mana usahawan akan mendapat bimbingan dan latihan dari segi pembangunan produk dan teknologi terkini MARDI.

Sistem ”Test Bed” teknologi MARDI merupakan salah satu dari khidmat sokongan yang disediakan oleh MARDI dalam membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) pemprosesan makanan negara berasaskan 13 kluster produk makanan.

Sistem ”Test Bed” ini akan dapat membantu usahawan dalam program bimbingan dan skim anak angkat MARDI mencuba teknologi terkini melalui penggunaan mesin dan peralatan moden yang disediakan bagi memenuhi hasrat mereka untuk membangun dan mengeluarkan produk-produk baru bagi tujuan ujian pasaran. Usahawan juga didedahkan kepada sistem ”production line” yang lengkap bagi sesuatu produk makanan.

”Test Bed” ini akan dapat memastikan supaya usahawan akan bersedia dari aspek pengalaman praktikal dalam teknologi pengeluaran, pembungkusan, jaminan mutu, kos pengeluaran dan juga pemasaran sesuatu produk makanan sebelum mempelbagaikan pengeluaran atau membangunkan kilang sendiri.

Tujuan :

  • Menyediakan kemudahan latihan praktikal kepada usahawan bimbingan MARDI dan lain-lain.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan terpilih dalam menggunakan sistem dan teknologi pengeluaran terkini untuk pengeluaran produk-produk sedia ada dan produk-produk baru untuk ujian pasaran.
  • Meningkat dan menjamin mutu produk sedia ada dan yang baru yang dibangunkan oleh usahawan berkenaan.
  • Menyokong program latihan anjuran MARDI dan juga latihan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • Menggalakkan pegawai penyelidik untuk menggunakan kemudahan test bed bagi menguji produk-produk baru untuk tujuan peningkatan skala.


Perkhidmatan Yang Ditawarkan :

  • Teknologi pengeluaran produk makanan terpilih
  • Pengendalian mesin dan peralatan
  • Penggunaan formulasi dan bahan mentah yang sesuai dan menepati peraturan makanan
  • Pembungkusan, rekabentuk, pelabelan dan persembahan
  • Penentuan kualiti dan analisis produk
  • Keperluan pensijilan GMP dan HACCP
  • Suntikan inovasi teknologi dan sistem terkini.
     

Lokasi

Kluster produk

Produk

  • Serdang,Selangor
  • Sos
  • Minuman
  • Bakeri
  • Pasta
  • Snek
  • Sos
  • Hasil-hasil kacang soya
  • Jus dan minuman buah-buahan
  • Kordial
  • Puree
  • Minuman herba
  • Mee kuning dan kuehteow.
  • Johor Bahru,Johor
  • Minuman
  • Sos,
  • Snek
  • Jem
  • Sapuan buah-buahan
  • Jus buah-buahan dalam tin
  • Sos pachili
  • Sos durian
  • Snek buah-buahan
  • Jem nenas, betik, belimbing
  • Pelbagai srikaya.
  • Bukit Raya,Kedah
  • Snek
  • Kuih tradisional berasaskan beras
  • Karas
  • Kuih ros
  • Baulu
  • Dodol
  • Emping
  • Kuala Terengganu,Terengganu
  • Hasilan ikan
  • Snek
  • Keropok
  • Sata moden
  • Nuggget
  • Kutlet
  • Pasir Puteh,Kelantan
  • Sos
  • Minuman
  • Fermented produk
  • Kuih tradisional
  • Hasilan bakeri
  • Sos pencicah
  • Sos penumis
  • Kuah rojak
  • Minuman nira
  • Minuman herba
  • Kuih baulu.
  • Kuching,Sarawak
  • Hasilan bakeri
  • Minuman
  • Hasilan ikan
  • Makanan dalam tin
  • Roti sandwich
  • Jejari ikan
  • Keropok lekor
  • Kota Kinabalu,Sabah
  • Hasilan bakeri
  • Minuman
  • Hasilan ikan
  • Snek
  • Roti sandwich
  • Roti ban
  • Pastri
  • Keropok
  • Halwa buah-buahan
  • Baulu
  • Cameron Highlans,Pahang
  • Jem dan sapuan
  • Minuman buah-buahan
  • Sos
  • Snek
  • Jem
  • 'Topping'
  • Sos
  • Minuman
  • Kordial
  • Puree

 

 



Last Updated 2016-05-03 12:03:52 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5380 Tarikh Kemaskini :25-05-2017