Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Tanaman industri baru meliputi tanaman yang mempunyai potensi sebagai sumber baru pertumbuhan dalam sektor pertanian. Tanaman yang berpotensi termasuk kenaf, stevia dan jatropha. Walaupun kenaf agak lama dikenali, dua lagi tanaman industri yang berpotensi ini mungkin memerlukan sedikit masa lagi sebelum boleh disyorkan. Penyelidikan tentang tanaman industri baru yang berpotensi ini melibatkan pelbagai tatacara seperti pembiakbakaan; agronomi dan pengeluaran tanaman; pengurusan perosak, penyakit dan rumpai serta pengendalian pascatuai tanaman tersebut.

Sepertimana yang berlaku kepada tanaman industri yang telah matang, kebanyakan tatacara ini dikendalikan oleh kakitangan penyelidikan di Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri. Sokongan juga diberikan oleh pusat penyelidikan lain di MARDI seperti dalam bidang penjenteraan ladang (Pusat Penyelidikan Penjenteraan & Pengautomatan).
Teknologi yang disyorkan diperolehi daripada ujian yang dijalankan di pelbagai stesen penyelidikan yang terletak di beberapa lokasi di negara ini. Kajian juga dijalankan ke atas pelbagai jenis tanah dan ekologi pertanian untuk menentukan kesesuaian dengan tanaman industri baru ini. Lokasinya termasuk tanah mineral (Serdang, Seberang Perai, Kluang, iaitu stesen masing-masing di Selangor, Pulau Pinang & Seberang Perai dan Johor), aluvium marin (stesen Teluk Intan di Perak), bris (stesen Telong di Kelantan), tanah bekas lombong (stesen Kundang di Selangor), tanah asid sulfat (stesen Kuala Linggi di Melaka) dan tanah gambut bersaliran (stesen Pontian di Johor).

Skop utama penyelidikan termasuk pembiakan, agronomi dan sistem pengeluaran, pengurusan makhluk perosak dan penyakit, pengendalian pascatuai serta pembangunan produk. 

 

 

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:28:52 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017