Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Kluster teknologi tanaman hiasan/florikultur dan lanskap merangkumi berbagai komoditi seperti tumbuhan liar, spesis eksotik, orkid, pohon, palma, pokok renek, tanaman semusim, tanaman saka, penutup bumi, dan tanaman hiasan rumah. Ia juga meliputi pembangunan teknologi bunga keratan dan awetan.

Penyelidikan utama memberi tumpuan kepada pembiakbakaan, pembiakan (propagation), pengeluaran dan pengurusan orkid serta tanaman hiasan. Penyelidikan dijalankan oleh sekumpulan pasukan penyelidik yang merangkumi pelbagai bidang. Ini melibatkan pelbagai disiplin seperti pembiakbakaan dan pemilihan spesis baru untuk lanskap, agronomi (amalan kultur dan teknik penanaman), pengurusan perosak dan penyakit, reka bentuk taman dan pengendalian lepas tuai. Walaupun disiplin ini telah dikendalikan oleh kakitangan di Pusat Penyelidikan Hortikultur, terdapat juga peyelidikan sokongan dalam bidang seperti kultur tisu, satu kaedah pengeluaran bahan tanaman secara besar-besaran (oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi) dan struktur nurseri tanaman (oleh Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi).

Eksperimen dijalankan di MARDI Serdang dan beberapa tempat di Malaysia. Ini termasuk tanaman hiasan dan bunga-bungaan yang telah dikaji di makmal, rumah teduhan dan di lapangan terbuka.

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:27:20 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6277 Tarikh Kemaskini :28-06-2017