Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Program penyelidikan tanaman sayur-sayuran merangkumi pelbagai komoditi termasuk cili, tomato, kacang panjang, timun, bendi, terung, kacang buncis, kailan, dan beberapa jenis sayur-sayuran temperat seperti kubis, kubis bunga, brokoli, kubis cina, salad dan lada benggala. Keluasan semasa tanaman sayur-sayuran di Malaysia adalah sekitar 44,000 hektar dan kebanyakannya adalah kebun kecil. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) adalah penting untuk mengekalkan tanaman ini dan untuk membangunkan sistem pengeluaran secara besar-besaran yang cekap dan berkesan dari segi kos. Aktiviti R & D tertumpu kepada bidang-bidang teras berikut:

  • Pembangunan varieti baru sayur-sayuran melalui teknik konvensional dan moden, yang terdiri daripada pengenalan, penilaian dan pemilihan ciri-ciri bernilai ekonomik yang sesuai untuk sistem tanaman yang sangat cekap dan moden; dan pembiakbakaan heterosis dengan objektif mutlak untuk membangunkan varieti hibrid.
  • Pengeluaran bahan tanaman yang terjamin kualitinya (bebas penyakit dan subur) melalui pensijilan benih, pemeriksaan pokok induk dan penggunaan kaedah yang sesuai bagi pembiakan untuk menghasilkan benih asas dan bahan tanaman.
  • Pembangunan sistem pengeluaran tanaman yang cekap dan kos efektif dengan penggunaan input yang optimum untuk peningkatan hasil dan kualiti.
  • Pembangunan teknologi pengurusan makhluk perosak dan penyakit yang mesra alam dan mampan.
  • Pembangunan teknologi pakej mengenai pengendalian lepastuai sayur-sayuran untuk pasaran domestik dan eksport.
  • Teknologi yang dibangunkan akan disebarkan kepada industri tempatan melalui khidmat nasihat, perundingan, pameran, seminar, latihan & khidmat pengembangan, penyelidikan kontrak, rangkaian dan kerjasama dengan agensi-agensi pertanian, yang dijangka dapat menyokong keperluan dan memacu pertumbuhan industri sayur-sayuran .

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:25:13 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5451 Tarikh Kemaskini :29-05-2017