Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Untuk membangunkan teknologi dan sokongan dalam pemindahan teknologi bagi komoditi buah-buahan. Kluster teknologi bagi komoditi buah-buahan meliputi betik, nanas, tembikai, belimbing, salak, ciku,rambutan, durian dan buah-buahan lain berasaskan kepada kepentingan ekonomi.

Penyelidikan utama member tumpuan kepada pembiakbakaan, agronomi, fisiologi, patologi, entomologi dan pengurusan lepastuai. Penyelidikan ini dijalankan oleh sekumpulan pasukan penyelidik yang merangkumi pelbagai bidang. Ini melibatkan pelbagai disiplin seperti pembiakbakaan dan pemilihan spesis baru, agronomi (amalan kultura dan teknik penanaman), pengurusan serangga perosak dan penyakit serta pengendalian lepas tuai. Walaupun pelbagai disiplin ini dikendalikan oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Hortikultur, bidang penyelidikan lain bagi teknologi buah-buahan seperti tisu didik, satu kaedah pengeluaran bahan tanaman secara besar-besaran (oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi) dan pembangunan produk buah-buahan (oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan) juga dilaksanakan.

Bidang Fokus R&D

  • Pembangunan kepelbagaian/ klon baru buah-buahan melalui teknik konvensional dan moden yang terdiri daripada pengenalan, penilaian dan pemilihan ciri-ciri yang mempunyai nilai ekonomi sesuai untuk system tanaman yang sangat berkesan dan moden; dan pembiakbakaan heterosis dengan matlamat akhir untuk membangunkan kepelbagaian hibrid /klon.
  • Pembangunan sistem pengeluaran tanaman yang cekap dan kos efektif dengan penggunaan input yang optimum bagi peningkatan hasil dan kualiti.
  • Pembangunan teknologi pengurusan serangga perosak dan penyakit yang mesra alam dan mampan.
  • Pembangunan pakej teknologi pengendalian lepastuai buah-buahan untuk pasaran domestik dan eksport.
  • Eksperimen dijalankan di MARDI Serdang dan beberapa stesen MARDI yang lain seperti Bukit Tangga, Jerangau, Kluang, Pontian dan Kuala Kangsar.

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:23:43 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5451 Tarikh Kemaskini :29-05-2017