Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Mekanisasi Pengeluaran

 

Mekanisasi pertanian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan kadar pengeluaran di kebun-kebun dan di ladang-ladang pertanian. Adaptasi daripada sistem mekanisasi dapat mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kualiti serta meminimakan faktor buruh di dalam mengendalikan proses berkaitan. Mekanisasi juga merupakan asas kepada teknologi yang bercirikan automasi. Dengan kewujudan Pusat Mekanisasi dan Automasi, MARDI telah mengambil langkah yang proaktif di dalam mencapai matlamat untuk memperluas teknologi berkaitan mekanisasi dan automasi di dalam sektor pertanian dan industri pengeluaran makanan negara.

Penyelidikan yang dilaksanakan oleh program mekanisasi pengeluaran bertujuan untuk memberi kaedah penyelesaian bagi:

  • Pengeluaran tanaman dan ternakan.
  • Keperluan mekanisasi dan masalah berkaitan termasuk masalah melibatkan sistem pengeluaran tanaman yang melibatkan operasi  seperti penyediaan tanah, penyelengaraan, penuaian dan pengenalian hasil tanaman.
  • Mekanisasi pemprosesan bahan bukan makanan seperti bahan-bio yang ditambah nilai menjadi produk industri.
     

Sistem Elektronik dan Persekitaran Bangunan

Skop Penyelidikan

Teras utama bidang penyelidikan Sistem Elektronik dan Persekitaran Bangunan di MARDI ialah:

  • Masalah mekanisasi dan automasi dalam penghasilan tanaman dan ternakan di dalam struktur pertanian dan persekitaran bangunan. (Aktiviti instrumentasi)
  • Peningkatan produktiviti dan penjimatan tenaga buruh melalui automasi dan penggunaan pengesan dalam sistem penghasilan pertanian dan makanan.
     

MARDI meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap Penyelidikan, Pembangunan dan Komersialisasi (R&D&C). Automasi dalam industri pertanian dan makanan merupakan satu daripada bidang keutamaan R&D&C. Automasi melibatkan penggantian tenaga kerja manusia kepada sistem automasi berasaskan komputer. Automasi diperlukan dalam hampir kesemua aspek pertanian, daripada membajak, menabur benih, meracun, menuai ke proses lepas tuai untuk mengurangkan kebergantungan pertanian terhadap sumber manusia yang semakin berkurangan. Automasi juga membolehkan produk yang lebih baik dan hasil tuai yang lebih besar dihasilkan kerana proses automasi dikawal dengan tepat. Beberapa bidang automasi yang giat diterokai di MARDI adalah seperti pengesan, instrumentasi, mekatronik dan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Selain daripada itu, persekitaran bangunan juga adalah fokus utama di MARDI. Ia menggunakan sistem kawalan untuk membolehkan persekitaran di dalam bangunan dikawal. Kawalan aspek-aspek persekitaran seperti suhu, kelembapan, gas dan ventilasi  membolehkan tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato dan “broccoli” serta ternakan dihasilkan secara komersial. Penghasilan tanaman di dalam rumah hijau juga membantu mengurangkan tenaga manusia untuk menguruskan tanaman kerana  fertigasi di dalam bangunan adalah dikawal secara automatik. Automasi fertigasi juga dapat menghasilkan produk pertanian yang lebih berkualiti kerana kuantiti baja dan masa serta kekerapan pengairan dikawal berdasarkan pembesaran tanaman. Ini dapat mengelakkan pembajaan yang berlebihan atau berkurangan yang kerap berlaku melalui sistem tradisional.
 

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:34:32 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6927 Tarikh Kemaskini :17-08-2017