Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Permintaan herba untuk pengeluaran ubat-ubatan tradisional semakin meningkat.Di Malaysia, nilai produk berkaitan herba ialah lebih daripada RM 4.5 bilion setahun. Pada masa ini, kurang daripada 10% bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran ubat-ubatan tradisional ditanam di Negara ini. Selebihnya diimport dari luar Negara atau pun diperoleh dari hutan. 

Terlalu bergantung kepada bahan mentah yang diimport akan mendedahkan industri tempatan kepada bekalan yang tidak konsisten, ketidakstabilan harga dan pencemaran dengan bahan yang berkualiti rendah.Ini akan menghalang pertumbuhan industri herba di Malaysia, dan juga menyebabkan aliran keluar pertukaran wang asing. Amalan mengutip herba dari hutan untuk pengeluaran komersial ubat-ubatan tradisional akan menjejaskan kewujudan spesis ini di suatu peringkat pada masa hadapan. Satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada terjejasnya spesies herba berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap ubat-ubatan tradisional adalah dengan menanam herba tersebut secara komersial.  

Oleh itu, teras utama penyelidikan herba di MARDI adalah untuk membangunkan teknologi pengeluaran tanaman herba secara komersial.Selain daripada teknologi pengeluaran tanaman, keutamaan juga diberikan kepada penyelidikan fitokimia, toksikologi dan pembangunan produk makanan dan bukan makanan (nutraseutikal dan farmaseutikal) berasaskan herba.


Aktiviti R & D herba tertumpu kepada empat bidang teras utama :

  • Pembangunan varieti baru herba dengan penekanan terhadap kualiti, hasil yang tinggi dan rintangan perosak
  • Pembangunan sistem pengeluaran yang berkesan kos, mapan dan mesra alam dengan penekanan terhadap penggunaan input yang optimum
  • Pengurusan perosak dan penyakit utama
  • Pembangunan teknologi pengendalian lepas tuai yang cekap dan pembangunan produk

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:19:17 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6280 Tarikh Kemaskini :29-06-2017