Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

Skop Penyelidikan


MARDI menjalankan P&P untuk membantu membangunkan industri pemprosesan makanan dan sub-sektor sokongan yang berkaitan (pembungkusan,mekanisasi dan lain-lain)

Teras utama dalam bidang penyelidikan ini adalah seperti berikut:

a) Sains Makanan dan Keselamatan Makanan

Penyelidikan dalam bidang sains makanan dan keselamatan makanan melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan teknologi dan pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan yang mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna, serta  hubungan antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui aplikasi teknologi yang sesuai untuk keselamatan makanan.    

                                                                                                                                                                         
Penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang seperti pembangunan bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan produk herba, pembangunan produk nutraseutikal dan makanan berfungsi, keselamatan makanan, pembangunan kaedah analisis makanan, penilaian rasa makanan,nutrisi dan mikrobiologi makanan

 

b) Pemprosesan dan Pembangunan Produk

Penyelidikan dalam bidang pemprosesan makanan tertumpu kepada pembangunan produk baru dari segi foumulasi, mekanisasi dan automasi. Pembangunan produk baru adalah berasaskan kepada permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun  meningkatkan  lagi  proses pembuatan. Sebagai tambahan, makanan haruslah diformulasi  supaya kekal semula jadi, berkhasiat dan sihat.

Kebanyakan teknik-teknik pemprosesan makanan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan telahpun diadaptasikan dalam industri makanan seperti teknik  pengeringan secara semburan dan pembekuan, teknik pengetinan dan pembekuan kriogenik. Kini, program Pemprosessan Makanan dan Pembangunan Produk  bersedia untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang baru seperti nanoteknologi, reologi dan sebagainya.

 

c) Pembungkusan dan Pengendalian  Makanan

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan. Masyarakat moden kini maklum dengan perubahan dan kesediaan dalam penggunaan teknologi pembungukusan moden. Pembungkusan teknologi moden ini menggunakan pelbagai bahan alternatif, alatan berteknologi tinggi dan operasi pintar. Oleh itu sasaran kepada penghasilan pembungkusan ini dapat menepati kehendak semasa yang memerlukan kepada keselamatan makanan, kos penyimpanan dan pengagihan yang rendah, dapat menarik perhatian dari sudut keunikan pembungkus dan grafiknya, selesa untuk diguna pakai oleh pengguna dan mesra alam. Pelbagai aktiviti dalam program pembungkusan dan pengendalian makanan antaranya adalah teknik pembungkusan, pembangunan pembungkus, ujian pembungkus, kajian jangka hayat, penglebalan dan grafik. Pengendalian makanan yang dibungkus juga merupakan antara fokus dalam program ini.

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:13:54 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6934 Tarikh Kemaskini :20-08-2017