Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
FOKUS PENYELIDIKAN

Skop Penyelidikan

A. Had Residu Maksimum (MRL) dan Pencemaran Ekosistem

  • Pembangunan MRL bagi pestisid terpilih bagi komoditi yang telah dikenalpasti untuk eksport.
  • Pembangunan kaedah analisis yang tegar, cepat dan berkesan bagi pelbagai residu untuk tanaman bernilai tinggi.
  • Kajian residu pestisid pada ekosistem padi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

B. Interaksi Persekitaran Tanaman: Kecacatan fisiologi dan proses penyesuaian iklim

  • Impak faktor persekitaran keatas perkembangan fenologi, pembiakan dan tampang tanaman.
  • Penyesuaian iklim herba terpilih dalam sistem pengeluaran komersial dan meningkatkan kandungan fitokimia..
  • Meningkatkan mutu buah-buahan, terutamanya memahami dan mengurangkan kecacatan fisiologi seperti merekah dan pemasakan tidak sekata pada buah-buahan terpilih.
 
 
C. Perbezaan dan perubahan iklim: Isu dalam amalan pertanian dan pengeluaran tanaman
 
  • Kesan amalan tanaman dan pengurusan jerami lepas tuai ke atas pengeluaran gas rumahhijau (GHG) daripada sawah padi
  • Kesan pengurusan air selepas tuaian (pembanjiran berkala) ke atas hasil dan pengeluaran gas rumah hijau daripada sawah padi.
  • Inventori GHG daripada industri lembu, kerbau, biri-biri dan kambing
  • Impak perubahan cuaca melampau ke atas hasil tanaman
  • Pengeluaran GHG daripada padi tabur terus di kawasan utama pengeluaran padi.

 

D. Pengurusan Sumber Tanah yang mampan

  • Aktiviti pertanian intensif dihubungkan dengan kebergantungan kepada baja kimia, pestisid dan herbisid.
  • Ini akan menyebabkan kerosakan habitat semulajadi melalui proses pengurangan mutu tanah, pencemaran air dan juga kemunculan perosak dan penyakit baru.
  • Oleh itu amat perlu bahawa semasa pengeluaran pertanian di intensifkan, asas sumber tanah perlu dipelihara untuk memastikan kemampanannya.
  • Konsep mampan perlu mempertimbangkan pendekatan pemuliharaan holistik bagi pengeluaran, persekitaran dan kepelbagaian biologi dalam lanskap pertanian.
  • Pengurusan industri pertanian yang betul akan menyumbang ke arah pengurangan mutu tanah yang terkawal dan mengurangkan pencemaran sumber air.

 

E. Pengurusan Ekosistem Tanah Gambut yang Mampan

  • Kira-kira 400,000 ha daripada 2.6 juta ha tanah gambut dalam negara telah dibangunkan untuk penanaman kelapa sawit, nanas, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman jangka pendek yang lain.
  • Tekanan ke atas kawasan gambut yang lain untuk pembangunan di masa akan datang dijangka akan meningkat.
  • Pembangunan pertanian di kawasan tanah gambut telah menunjukkan kesan negatif.
  • Perubahan iklim dunia yang dipercayai akibat daripada pelepasan gas karbon dioksida hasil penguraian tanah gambut, perubahan rejim hidrologi kawasan, kehilangan kepelbagaian biologi, pencemaran persekitaran dan pengurangan mutu tanah.

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 11:11:42 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :6280 Tarikh Kemaskini :29-06-2017