Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
INFO MARDI

IP Polisi

Pernyataan Polisi
Polisi ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalaman bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) agar pengurusan Hak Harta Intelek (IPR) Institut dilaksanakan dengan sempurna. Perkara ini dilakukan untuk menggalakkan kerja-kerja penyelidikan yang kreatif dan berkualiti tinggi dalam membangunkan reka cipta dan inovasi, dan seterusnya pemindahan teknologi. Semua harta intelek yang dihasilkan oleh kakitangan MARDI adalah menjadi hak milik MARDI.

Tafsiran
Dalam Polisi ini, "pencipta" ertinya seseorang yang merupakan pencipta, penulis atau pembiak baka, "pekerja" ertinya seseorang yang bekerja atau telah bekerja di bawah kontrak pekerjaan, atau yang berada dalam penggajian, atau bagi maksud MARDI termasuklah mereka yang menjalani latihan sangkut dan yang menjadi penyelidik bersama.

Objektif
Objektif polisi ini adalah untuk memastikan bahawa aktiviti harta intelek MARDI dijalankan mengikut mandat teras dan strategi perniagaan supaya membawa hasil yang optimum untuk MARDI dan kakitangannya.

Harta Intelek
Bagi tujuan polisi ini, 'harta intelek' bermakna maklumat, idea, ciptaan, inovasi, kerja seni, reka bentuk, teks sastera dan perkara lain atau bahan lain yang boleh diberi perlindungan undang-undang atau tertakluk kepada hak tertentu di sisi undang-undang dalam mana-mana kaedah yang dinyatakan dalam Dasar ini dan termasuklah hak-hak yang berikut yang diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan / atau negara lain:

  • Hak asas di bawah Akta dan Peraturan berikut: 
     
    • Akta Jenayah Komputer 1997,
    • Akta Hakcipta 1987,
    • Akta Tandatangan Digital 1997,
    • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996,
    • Akta Paten 1983,
    • Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004,
    • Akta Cap Dagangan 1976,
    • dan mana-mana Akta lain yang berkaitan.
       
  • Hak tanggungjawab kontrak;
     
    • Sumber biologi yang dimiliki atau dalam milikan yang tidak tertakluk kepada tuntutan mana-mana pihak ketiga termasuk sumber genetik yang merujuk kepada tumbuh-tumbuhan, binatang, mikro-organisma, sel, gen atau sebahagian daripadanya, populasi, atau mana-mana komponen biotik lain dalam ekosistem yang berguna atau berpotensi digunakan atau bernilai untuk kemanusiaan.
    • Bahan yang diperoleh daripada mana-mana Perjanjian Pemindahan Bahan, iaitu kontrak atau perjanjian yang melibatkan penyediaan bahan-bahan biologi sebagai pertukaran untuk manfaat kewangan atau bukan kewangan.
    • Rahsia perdagangan dan maklumat yang tertakluk kepada kewajipan kesetiaan seorang pekerja itu kepada MARDI.
    • Cap dagangan tidak berdaftar yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan dalam perniagaan.
       
  • Sumber Manusia;
    • Pengetahuan tersirat kakitangan MARDI.
    • Hak-hak lain hasil daripada aktiviti intelektual dalam bidang saintifik, perindustrian, perdagangan, kesusasteraan dan seni.
       

Pemilikan

  • Tuntutan Pemilikan
    • Tertakluk kepada peruntukan lanjut Polisi ini, MARDI ialah pemilik semua harta intelek dalam keadaan seperti berikut:
      • Harta Intelek yang dicipta oleh pekerja MARDI yang bertugas di MARDI, termasuk mereka yang sedang dalam kursus pengajian, sama ada dibayar atau tidak oleh MARDI.
      • Penciptaan harta intelek yang penghasilannya telah dilaksanakan bersama MARDI atau oleh mana-mana pihak ketiga sama ada bagi pihak MARDI atau menurut kuasa perjanjian dengan MARDI melalui peruntukan sumber, kemudahan, radas, penyeliaan, gaji atau pembiayaan lain.

Pendedahan

  • Kakitangan tidak boleh mendedahkan, melindungi atau mengeksploitasi secara komersial harta intelek yang berpunca daripada mereka, tanpa membuat satu laporan bertulis kepada MARDI, menyatakan sifat harta intelek yang berkenaan dan keadaan bagaimana ia diciptakan, dirangka atau di mana bermulanya serta menerima jawapan mengenai keputusan dalam laporan itu.
  • Laporan bertulis yang disebut dalam seksyen 6.1 di atas hendaklah termasuk semua butiran yang berkaitan harta intelek termasuk:
    • tarikh harta intelek tersebut dihasilkan;
    • identiti mereka yang menyumbang kepada penciptaan harta intelek tersebut;
    • perincian apa jua harta intelek sedia ada yang telah digunakan dalam mewujudkan harta intelek tersebut;
    • perincian mereka yang menuntut apa jua hak atau kepentingan dalam harta intelek tersebut, selain daripada pencipta;
    • perincian apa jua kemudahan atau sumber MARDI yang digunakan untuk mencipta harta intelek tersebut;
    • perincian apa jua penggunaan terhadap harta intelek tersebut, sama ada yang sedia ada atau berpotensi digunakan atau melibatkan pengeksploitan komersil .
       

Jawatankuasa

  • Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa yang mengadakan mesyuarat khas mengenai harta intelek.
  • Jawatankuasa tersebut akan menasihati atau mencadangkan perkara-perkara berikut:
    • menghasilkan paten;
    • memulakan proses yang membawa kepada pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian;
    • memulakan siasatan yang membawa kepada pendaftaran sesuatu cap dagangan;
    • memulakan pendaftaran varieti baru tumbuhan;
    • memulakan rundingan yang membawa kepada penyelidikan lanjutan dan pembangunan dan pengkomersilan harta intelek MARDI, termasuklah harta tidak boleh didaftar, seperti pengetahuan tersirat dan rahsia perdagangan; atau
    • apa jua perkara yang berkaitan dengan hak harta intelek terhadap sesuatu perkara itu.
       

Prosedur bagi Perlindungan Harta Intelek Kepunyaan MARDI

  • Jika hak harta intelek (IPR) adalah atau mungkin berkaitan dengan harta tertentu milik MARDI, dan diputuskan bahawa permohonan untuk IPR perlu dibuat, maka Pejabat Harta Intelek hendaklah menanggung semua kos memfailkan apa-apa permohonan. MARDI akan memperuntukkan bajet untuk operasi.
  • Setiap pekerja MARDI sebagai perekacipta hendaklah, atas permintaan MARDI, melengkapkan semua dokumen berkaitan dan melakukan semua tindakan atau perkara lain sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan MARDI melindungi dan mengeksploitasi nilai dagangan harta intelek tersebut dengan betul dan cekap seperti yang termaktub dalam peruntukan garis panduan ini secara berkesan.
  • Jika MARDI memutuskan untuk tidak meneruskan dengan permohonan untuk IPR, pekerja berkenaan boleh memohon IPR bagi pihak mereka sendiri dan menanggung sendiri segala perbelanjaan berkaitan. Mana-mana pekerja terbabit, dengan insiatif sendiri menulis kepada Pejabat Harta Intelek memohon semua hak MARDI di dalam atau ke atas harta intelek. MARDI hendaklah memberitahu pekerja tersebut akan terma yang akan digunapakai untuk mendapatkan hak tersebut. Mana-mana tawaran yang dibuat oleh MARDI mestilah mengambil kira dan berusaha untuk mendapatkan balik setakat yang munasabah semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung atau mungkin yang akan ditanggung oleh MARDI dan agennya sehingga tarikh tersebut. Dalam hal ini, peruntukan boleh dibuat oleh MARDI untuk mendapatkan apa-apa kos, yang belum dibayar, daripada pendapatan bersih yang dijana oleh harta intelek.
     

Pengedaran Manfaat Yang Diperoleh Daripada Harta Intelek

MARDI akan membuat perjanjian dengan pencipta harta intelek, termasuk pekerja mengenai pembahagian pendapatan bersih antara MARDI dan pencipta bagi sesuatu harta intelek yang dimiliki oleh MARDI akan ditentukan, dilesenkan, atau sebaliknya dieksploitasikan secara komersial. MARDI berhak untuk menawarkan apa jua terma dan syarat yang munasabah untuk berkongsi atau mengagihkan pendapatan bersih harta intelek yang dieksploitasikan secara dagangan. Sebagai panduan pengagihan manfaat yang diperoleh daripada harta intelek adalah seperti berikut:

 

Amaun setahun

Pekerja

MARDI

First RM10,000

100%

0%

Second RM10,000

75%

25%

Subsequent

50%

50%

 

 

Pendapatan berpunca daripada Perundingan

Pekerja

MARDI

50% daripada royalti dan pendapatan bersih tertakluk kepada:

50% danpada royalti dan pendapatan bersih diterima

  • RM 30,000 per bulan atau

  • RM 360,000 per tahun atau

  • RM 500,000 untuk sekali bayaran

 

Pendapatan yang timbul daripada Royalti dan Pendapatan Bersih

 

 

 



Last Updated 2016-05-03 14:29:11 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5373 Tarikh Kemaskini :24-05-2017