Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Bahasa Malaysia | English | Lain-lain
Jata Negara_logo MOA_logo MARDI_logo Laman Web Rasmi
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

 
Facebook Twitter YouTube MARDI Wordpress Blog Scribd
QR Code Web Mobile
INFO MARDI

Soalan Lazim

1. Apakah kursus/ latihan yang ditawarkan MARDI? Siapakah yang layak untuk memohon kursus tersebut, dan bagaimanakah caranya?
 
Jawapan:   MARDI menawarkan kursus yang berkaitan dengan pertanian, iaitu kursus yang berteraskan teknologi makanan, ternakan, tanaman dan teknologi lanjutan. Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal MARDI (http://elearn.mardi.gov.my/kursus). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Kursus dan Latihan Teknikal)
 
Tel: 03-8953 6901/ 6925 / 6951
Faks: 03-8953 6945
E-mel: elatihan@mardi.gov.my
 
 
2. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI?
 
Jawapan:   Untuk menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI, permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada:
 
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MARDI
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompetensi)
 
3. Saya ingin membeli buku terbitan MARDI. Bagaimanakah boleh saya dapatkan senarai terbitan terkini yang dijual dan siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkannya?
 
Jawapan:   Senarai terbitan MARDI boleh diperolehi dengan melayari laman kedai buku MARDI (http://ebookshop.mardi.gov.my/main.php) yang turut menawarkan khidmat jual beli secara online. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Mohamed Yusof Mohamed Amin, Program Percetakan & Penerbitan)
 
Tel: 03-8953 7226
Faks: 03-8953 7232
 
 
4. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan makanan?
 
Jawapan:   Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh menulis surat atau datang ke pejabat kami di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk berbincang dengan pegawai kami. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:
 
Pengarah
Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Pembangunan Usahawan)
 
Tel: 03-8953 6802
Fax: 03-8953 6777
 
5. Adakah MARDI menyediakan kemudahan menganalisis sampel makanan? Siapakah yang boleh saya hubungi untuk menghantar sampel tersebut untuk dianalisis?
 
Jawapan:   MARDI ada menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Makmal analisis terdiri daripada Makmal Analisis Kimia Pertanian, Makmal Analisis Kimia Makanan dan Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan. Sebarang pertanyaan berkaitan analisis sampel boleh dialamatkan kepada:
 
Pengarah
Pusat Perkhdimatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Makmal Analisis Makanan & Pertanian)
 
Tel: 03-8953 6903
Faks: 03-8953 6889
 
Makmal Analisis Kimia Makanan
Pn. Norfaiza Ismail
Dr. Haslina Hasan
 
Tel:03- 8953 6448
 
Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan
Pn. Noor Shaeda Ismail
 
Tel: 03-8943 7737/ 8944 1442
 
Makmal Analisis Kimia Pertanian
En. Mohd Safidin Kashim
Pn. Jamaliah Jaafar
 
Tel: 03-8941 8067/ 03-8943 7709
 
 
 
6. Bagaimanakah MARDI dapat membantu bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada?
 
Jawapan:   Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi mempunyai pelbagai program untuk membantu bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada melalui program seperti:
 
i.         Khidmat sokongan:      Khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan teknologi di samping latihan sangkut dalam teknologi pemprosesan makanan. Bagi latihan sangkut bayaran yang minimum dikenakan.
 
ii.       Khidmat bimbingan:    Memberi bimbingan dalam pelbagai bidang dengan objektif utama ialah membangunkan usahawan berasaskan teknologi yang mempunyai daya saing.
 
iii.      Usahawan Anak Angkat MARDI:  Usahawan akan diberi bimbingan secara menyeluruh bukan sahaja dari segi teknologi bahkan dalam bidang perniagaan bersama dengan agensi lain yang berkaitan seperti SMIDEC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi.

Last Updated 2016-01-18 10:44:40 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Hubungi Kami Enquiry e-Direktori Peta Lokasi

Hak Cipta Terpelihara 2017 MARDI

Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0, Firefox 9.0 , Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024x768.

Anda Pelawat Ke :5380 Tarikh Kemaskini :25-05-2017