Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Frequently
Asked Question

Hubungi<br>Kami

Contact
Us

Maklum Balas<br>& Aduan

Feedback & Complaints

Peta<br>Laman

Site
Map

SEPANG, 17 OGOS 2026 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini meluncurkan Varieti Jagung Bijian Tempatan dan Penanaman Jagung Bijian Berskala Besar di Bute Div. Genting Tanah Merah Estate, Sepang, Selangor, yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu. Peluncuran bertemakan Memperkasa Industri Jagung Bijian, Memperkukuh Keterjaminan Makanan Negara ini menterjemahkan komitmen strategik Kerajaan dan Genting Plantations Berhad susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai semasa MAHA 2024, dengan pendekatan baharu berasaskan pengeluaran berskala besar, mekanisasi, rantaian nilai bersepadu dan dipacu pasaran.

Komitmen Genting Plantations Berhad turut dizahirkan melalui kesediaan menukar sebahagian kawasan tanaman sawit kepada penanaman jagung bijian secara komersial. Dalam fasa awal, sebanyak 49.13 hektar telah dibangunkan dan 15.51 hektar telah ditanam, sebagai langkah ke arah sasaran 100 hektar menjelang 2027.

Pembangunan dan peluncuran varieti jagung bijian tempatan, MZ1 dan MZ2, mencerminkan keupayaan R&D MARDI dalam membangunkan teknologi serta benih tempatan. Peluncuran varieti ini selari dengan sasaran Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import benih sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2040, sekali gus memperkukuh keupayaan pengeluaran benih tempatan. Inisiatif ini turut menjadi pemangkin kepada usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap import jagung bijian, yang kini hampir 100 peratus, dengan jumlah import mencecah sekitar 2.5 juta tan metrik bernilai RM3 bilion setahun. Ke arah itu, kerjasama rentas kementerian, agensi dan sektor swasta, termasuk sokongan dari aspek pembiayaan, teknologi, mekanisasi dan akses pasaran, akan terus diperkukuh.

Kerajaan kekal komited membangunkan industri jagung bijian yang berskala besar dan berdaya maju bagi mengurangkan kebergantungan import, menyokong kestabilan industri ternakan dan memperkukuh keterjaminan makanan negara. 

Pengarang

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  • Pusat Komunikasi Korporat
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang
    Selangor

  • 03-8953 7201

  • 03-8953 7220

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • https://www.mardi.gov.my

Media Sosial MARDI

Berita Berkaitan