Skip to main content
Soalan<br>Lazim

Frequently
Asked Question

Hubungi<br>Kami

Contact
Us

Maklum Balas<br>& Aduan

Feedback & Complaints

Peta<br>Laman

Site
Map

Arau, Perlis, 19 Mei 2026 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) meneruskan komitmen dalam memperkasa sektor agromakanan negara menerusi pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Penyerahan Anak Sulur Nanas MS16 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis yang berlangsung di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Jejawi Permatang, Arau, Perlis yang telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.

Menurut Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi, program tersebut bukan sahaja simbolik penyerahan anak sulur nanas MS16, malah mencerminkan komitmen berterusan MARDI dalam memperkasa sektor pertanian negara melalui penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi kepada masyarakat.

Sebanyak 1,000 anak sulur nanas varieti MS16 telah diserahkan kepada JPJ Negeri Perlis untuk ditanam di kawasan jabatan berkenaan sebagai usaha menggalakkan aktiviti pertanian komuniti dan meningkatkan kesedaran mengenai keterjaminan makanan negara.

Varieti nanas MS16 merupakan hasil penyelidikan MARDI yang mempunyai potensi tinggi untuk dikembangkan secara komersial. Varieti ini mempunyai berat purata buah sekitar 1.5 kilogram dan mampu menghasilkan sehingga 48 tan sehektar. Selain itu, MS16 turut mempunyai tahap kemanisan tinggi antara 16 hingga 21 peratus Brix, isi berwarna kuning, tekstur rangup, aromatik serta sesuai dimakan segar. Varieti ini juga toleran terhadap penyakit reput teras bakteria dan mampu menghasilkan lebih lima sulur dalam satu masa.

MARDI turut berharap program seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih ramai masyarakat khususnya generasi muda dalam sektor pertanian moden yang kini semakin berasaskan teknologi, inovasi dan berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan.

Kerjasama strategik antara MARDI dan JPJ Negeri Perlis ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan serta memberi impak positif kepada masyarakat setempat sejajar dengan agenda pembangunan negara dan keterjaminan makanan.

Majlis juga telah dihadiri oleh Puan Noraini Binti Mohd Nawi, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis; Dr. Zulhazmi Bin Sayuti, Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI; Encik Noorman Affendi Bin Marzukhi, Pengarah MARDI Negeri Perlis.

TAMAT    

Pengarang

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  • Pusat Komunikasi Korporat
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang
    Selangor

  • 03-8953 7201

  • 03-8953 7220

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • https://www.mardi.gov.my

Media Sosial MARDI

Berita Berkaitan