Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

SERDANG, 29 Mei 2025 - Aktiviti penyelidikan dan pembangunanan (R&D) di dalam sektor pertanian perlu disokong dan dipergiatkan bagi menghasilkan lebih banyak lagi inovasi yang dapat diguna pakai oleh golongan sasar serta membuka prospek sumber ekonomi baharu.
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, teknologi dan pengetahuan ini juga perlu disampaikan kepada rakyat agar ia dapat diguna pakai dan seterusnya memberikan nilai tambah yang diperlukan di sepanjang rantaian nilai pengeluaran makanan negara.
 
“Justeru, ShowTech MARDI 2025 ini merupakan satu platform yang penting bagi tujuan menyampaikan kepada rakyat akan inovasi dan teknologi yang terhasil dari penyelidikan MARDI yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat dan industri,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ShowTech MARDI 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini. Turut hadir Pengerusi MARDI, Dr. Azman Ismail dan Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Abdul Ghani.
 
Beliau menambah, MARDI sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan pertanian telah menjana banyak teknologi berkaitan pertanian dan industri agromakanan dimana teknologi ini perlu dikembangkan dan dikomersialkan kepada golongan sasar.
 
“Pendekatan bersepadu oleh ejen-ejen pengembangan dan penjana teknologi perlu dititik beratkan bagi memastikan pemindahan teknologi agromakanan berlaku seiring dengan peralihan zaman. 
 
“Diharapkan, Show-tech MARDI 2025 mampu menjadi aspirasi bagi memastikan kelancaran dan kerancakan aktiviti pemindahan teknologi kepada golongan sasar seterusnya memastikan kelangsungan dan jaminan bekalan makanan negara.
 
“Lebih menarik, pada ShowTech MARDI 2025 ini, plot-plot tanaman sayur-sayuran yang telah sedia dituai dibuka untuk dilawati orang ramai dan semua pengunjung berpeluang untuk memetik sayur-sayuran sendiri,” tambahnya.
 
ShowTech MARDI 2025 berlangsung selama lima hari bermula 29 Mei di MAEPS. Program ini memberi peluang kepada para pengunjung menyaksikan lebih 200 teknologi samada yang sedia dikomersialkan mahupun yang telah dipindahkan kepada masyarakat dan industri yang dipamerkan.
 
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran teknologi, demo teknologi, seminar teknologi, padanan perniagaan yang melibatkan syarikat-syarikat dan pemain industri untuk mengambil dan mengembangkan teknologi yang dijana MARDI.
 
Turut diadakan Klinik Tanaman, Klinik Usahawan serta jualan pelbagai produk dan hasilan MARDI seperti biji benih, anak pokok dan bahan input pertanian termasuk jualan produk usahawan bimbingan MARDI di sekitar Dewan A MAEPS.
 
TAMAT    

Pengarang

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  • Pusat Komunikasi Korporat
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang
    Selangor

  • 03-8953 7201

  • 03-8953 7220

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • https://www.mardi.gov.my

Media Sosial MARDI

Berita Berkaitan