Selasa, 31 03 2015 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

. $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg . . .

Skop Perkhidmatan

 

Produk makanan dan pertanian yang berada di pasaran perlu lengkap dari aspek jaminan kualiti dan keselamatan. Bagi tujuan itu, makmal menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Perkhidmatan dijalankan mengikut keperluan individu melalui analisis makmal yang kos efektif, cekap dan pantas. Makmal telah dianugerahkan akreditasi persijilan ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM). Pensijilan ini memberi keyakinan kepada pelanggan terhadap tahap kompetensi perkhidmatan yang ditawarkan mengikut piawaian antarabangsa.
 
Makmal terdiri daripada:
  1. Makmal Analisis Kimia Makanan
  2. Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan
  3. Makmal Analisis Kimia Pertanian
Makmal dibarisi oleh kakitangan yang berpengalaman dalam menjalankan analisis kimia dan mikrobiologi makanan serta analisis makanan ternakan, tanah, baja, sisa pestisid dan hasilan pertanian.
 
Perkhidmatan ditawarkan:
  1. Perkhidmatan analisis yang luas dalam skop analisis makanan dan pertanian
  2. Khidmat nasihat teknikal di dalam skop analisis makanan dan pertanian samada untuk pasaran tempatan mahu pun peringkat global.
  3. Latihan sangkut di dalam kaedah analisis kimia dan mikrobiologi makanan dan kimia pertanian
 

Mukasurat: 1  2  3  4  

Tarikh Kemaskini 26 Mac 2015 08:45 AM