Jumaat, 19 09 2014 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

  $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg      

Skop Perkhidmatan

Pengenalan

Teknologi Inkubator MARDI didefinasikan sebagai kilang perintis teknologi baru dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini berskala komersil. Teknologi incubator MARDI diwujudkan bermatlamat untuk mengeluarkan graduan (inkubati) yang berjaya dari aspek perniagaan yang berdaya maju/ berdaya saing dari segi kewangan, mempunyai pasaran yang mantap dan kemampuan teknikal yang berkeupayaan untuk berkembang.

MARDI telah memulakan secara rasmi nya program teknologi inkubator ini pada tarikh 28 Februari 2009 sebagai strategi untuk meningkatkan keberkesanan pemindahan teknologi. Program ini adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).

Objektif:

Antara objektif Inkubator teknologi MARDI ialah untuk:-

  • Mempercepatkan proses pengkomersilan teknologi MARDI yang terpilih (pendahulu).
  • Membangunkan  syarikat dan usahawan EKS berasaskan teknologi yang inovatif dan berdaya saing.
  • Untuk menyokong dan mempercepatkan pembangunan industri pertanian
  • Untuk memberikan peluang bagi para penyelidik MARDI untuk terlibat dalam bidang Pembangunan dan komersialisasi
  • Membangunkan rangkaian ‘spin-off company' yang menyumbang faedah (output) kepada proses inovasi yang berterusan terhadap teknologi MARDI.
  • Untuk membina perkongsian pintar antara pengusaha dan Teknologi generator dalam rangka untuk mengikuti dengan pasaran tempatan dan antarabangsa mencabar

Skop Perkhidmatan

Inkubator menawarkan 4 perkhidmatan seperti berikut:-

1) Perkhidmatan teknikal :
Panduan secara praktikal tentang pengendalian dan jaminan kualiti perkhidmatan untuk produk akhir serta penyelidikan RnD untuk tujuan kepelbagaian produk.

2) Infrastruktur Fizikal,kilang perintis dan kemudahan pejabat
Termasuk ruangan pejabat yang dikongsi untuk perkhidmatan pentadbiran, dan Incubatee akses untuk kemudahan spesifik  seperti makmal-makmal dan kemudahan pengujian. Premis juga akan dilengkapi dengan kemudahan asas telekomunikasi dan ICT untuk inkubati-inkubati.

3) Perkhidmatan Perundangan dan Pengurusan Harta Intelek
Membantu dalam pengurusan pemberian hak pelesenan teknologi kepada usahawan serta membantu dalam urusan syarikat. Kepentingan hak harta intelek kedua-dua pihak akan dilindungi.

4) Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Produk
Inkubator akan membangun dengan pelan perniagaan inkubati berkaitan dengan produk dan  ramalan pasaran untuk produk mendatang. Rangkaian industri akan ditetapkan melalui forum perniagaan atau perkongsian pintar dengan kewangan untuk pengukuhan jaringan inkubati termasuk peluang perniagaan antarabangsa.

Tarikh Kemaskini 18 September 2014 08:13 AM