Rabu, 01 10 2014 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

  $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg      

Skop Penyelidikan

Sebagai institusi R&D terulung di Malaysia, MARDI telah menjana dan memindahkan teknologi baru dan inovasi yang berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani. Teknologi yang diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi dalam dunia tanpa sempadan hari ini, sangat penting dipupuk dan diurus dengan sempurna. Penyelidikan pengurusan teknologi di MARDI menjalankan aktiviti R&D yang berkaitan dengan mengenal pasti keperluan / jurang teknologi di dalam industri pertanian dan asas tani, penilaian sebelum dan selepas teknologi dihasilkan oleh institut termasuk kesannya, pengurusan inovasi teknologi serta penilaian sistem penyampaian teknologi. Selain itu, ia juga mengenal pasti, menilai dan mencadangkan dasar awam yang berkaitan dengan teknologi kepada kerajaan.

Tumpuan bidang R&D ialah:
  • Ruang hubung kait perniagaan, teknologi, kejuruteraan dan sains dalam pertanian dan industri asas tani.
  • Permintaan untuk teknologi dalam industri pertanian. Bidang ini meliputi aktiviti pengeluaran utama dan hiliran.
  • Penilaian impak teknologi MARDI. Teknologi atau inovasi boleh wujud dalam bentuk produk, proses dan sistem. Sumbangan teknologi kepada peningkatan produktiviti serta pengumpulan maklumbalas mengenai kekuatan dan kelemahan teknologi adalah matlamat utama.
  • Penilaian impak ke atas sistem penyampaian teknologi sedia ada, bertujuan untuk meningkatkan mekanisme pemindahan teknologi dan pengkomersilan.
  • Pembangunan pertanian dan implikasi ke atas penggunaan sumber asli untuk pembangunan mampan.
  • Penilaian ke atas teknologi baru yang memberi tumpuan kepada mengenalpasti jurang maklumat, penilaian teknologi dan daya maju pengkomersilan teknologi.
Tarikh Kemaskini 30 September 2014 05:02 PM