Penafian Jumaat, 18 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

Skop Penyelidikan


Bekalan daging ayam dan khinzir di Malaysia adalah mencukupi untuk keperluan sara diri. Walau bagaimanapun, kita masih bergantung kepada pengimportan daging lembu, kambing dan produk-produk tenusu. Pengeluaran ruminan tempatan menghadapi banyak cabaran oleh kerana iklim di Malaysia yang tidak merangsangkan pengeluaran ruminan, dengan suhu dan kelembapan yang tinggi, selain kekurangan sumber makanan yang berkualiti. Hasil penyelidikan amat penting untuk membangunkan industri penternakan tempatan, terutama bagi sektor ruminan, selain mengurangkan penggantungan kepada pengimportan daging. Bidang-bidang penyelidikan penting termasuklah peningkatan genetik, sistem pengeluaran strategik, makanan terbaru, reka-bentuk makanan dan keselamatan makanan.