Penafian Khamis, 23 02 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Skop Penyelidikan

 

Industri ternakan di Malaysia berkembang pesat dari segi kepentingannya dalam pengeluaran pelbagai produk untuk eksport, selain untuk keperluan domestik. Malaysia merupakan negara pengeksport daging ayam dan khinzir. Pada masa yang sama, Malaysia mengimport sebahagian besar daripada keperluan daging lembu, daging biri-biri dan hasil-hasil tenusu. Penyelidikan diperlukan untuk menyokong pembangunan industri ternakan tempatan, teutama bagi mengurangkan pengimportan bahan-bahan makanan ternakan. Teras penyelidikan dalam bidang penternakan di MARDI adalah ke arah meningkatkan penggunaan dan penambahbaikan mutu sumber makanan ternakan tempatan, serta membangunkan makanan baru yang berasaskan sumber-sumber tempatan, secara inovatif.