| Unit Bahan Tanaman, Biji Benih dan Penghasilan Baka Ternakan (BB) telah ditubuhkan pada Februari 2002 dengan fungsi-fungsi berikut: - Untuk menghasilkan bahan tanaman dan benih yang disahkan oleh MARDI dan disyorkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Untuk mengekalkan ketulenan dan kualiti bahan tanaman yang diiktiraf dan dikomersilkan oleh MARDI
Mengapa pilih BB untuk bekalan benih dan bahan tanaman anda? - Kualiti terjamin
- Memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM dan spesifikasi benih antarabangsa (ISTA) dalam pengeluaran dan pemprosesan biji benih.
- Produk dengan pensijilan MS ISO 9001:2000
- Harga yang berpatutan
- Varieti terpilih dengan keupayaan hasil tinggi
|