Penafian Jumaat, 18 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

Perkhidmatan

Perkhidmatan
 
1. PEMBACAAN/RUJUKAN BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan untuk pembacaan dan rujukan hendaklah digunakan di tempat-tempat yang disediakan. Bahan-bahan yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan di atas meja atau troli yang disediakan untuk disusun semula oleh staf Pusat Ilmu. Pengguna tidak dibenarkan sama sekali meletakan di rak yang tidak betul.

2. PERKHIDMATAN PENCARIAN BAHAN

Perkhidmatan ini membantu pengguna mencari dan memperoleh maklumat asas yang diperlukan melalui bahan-bahan Pusat Ilmu yang relevan. Perkhidmatan ini diperoleh di Sub-Program Perkhidmatan Pengguna atau di kaunter Pusat Ilmu di Tingkat Bawah. Pustakawan dan Penolong Pustakawan serta petugas kaunter yang bertugas akan membantu untuk mencari maklumat atau bahan dengan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Ilmu.

3. PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) disediakan disebabkan bahan-bahan diperlukan
tidak terdapat di Perpustakaan sendiri, dan diperoleh dari perpustakaan lain. Perkhidmatan juga diberi kepada permintaan PAP dari perpustakaan luar.

4. PROGRAM LITERASI MAKLUMAT (PLM)

i.Pusat Ilmu menyediakan PLM meliputi program-program berikut:

     a) PLM Pegawai Baru
     b) Penggunaan Pangkalan Data Elektronik/Jurnal Dalam Talian

ii. Semua warga MARDI boleh mengikuti program yang disediakan.

5. SALINAN FOTO


i. Perkhidmatan Salinan foto diberikan dengan bayaran tertentu seperti ditetapkan dalam Peraturan Perkhidmatan Pusat Ilmu.
ii. Kadar bayaran akan disemak dari masa ke masa.
iii. Pengguna diingatkan supaya mematuhi Akta Hakcipta.