Khamis, 05 05 2016 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

. Blue Contrast Black Contrast Cream Contrast Normal Contrast . . .

Penubuhan dan Latar Belakang

MARDI pada awal penubuhan 1971-1972.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

  • Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
    - Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
    - Perladangan campuran
     
  • Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
     
  • Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
     
  • Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
     
  • Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
     
  • Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
     
  • Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil
     
  • Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan
     
  • Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Mukasurat: 1  2  

Tarikh Kemaskini 18 April 2016 10:30 AM
Jumlah Pelawat 2920995