| Latar Belakang - Ketidak seimbangan dan kekurangan nutrien merupakan dua faktor utama yang merencatkan pengeluaran ternakan di kawasan tropika
- Penggunaan garam jilat untuk mengatasi masalah kekurangan nutrien pada umumnya mahal dan kurang berkesan kerana mudah lerai di lapangan
- Penambahan nutrien secara strategik penting untuk meningkatkan prestasi pegeluaran lembu pedaging dan kambing, terutama ketika berlakunya kekurangan makanan.
- Satu bahan penambah makanan pelbagai guna yang praktikal dan kos-efektif serta dapat membekalkan nutrien lengkap bagi mengatasi masalah kekurangan nutrien pada lembu pedaging dan kambing telah dihasilkan.
Penerangan Teknologi - Kekuatan teknologi adalah terletak pada formulasi dan pemilihan sumber makanan tempatan bagi memenuhi keperluan ternakan di dalam persekitaran tropika.
- Sumber makanan tempatan digunakan sebagai bahan asas dalam formulasi.
- Selain dalam bentuk blok, ia boleh dipelbagaikan kepada bentuk pelet, bolus, kapsul, serbuk, gel dan separa-cecair bagi memenuhi keperluan pengguna.
Kelainan Inovasi - Diformulasi khusus bagi memenuhi keperluan beberapa peringkat fisiologi dan pengeluaran lembu pedaging dan kambing
- Bebas daripada toksin, anti-pemakanan, dan dioksin.
- Boleh digunakan sebagai ”pembawa” pelbagai jenis bahan kimia bagi mengawal parasit dalaman dan luaran, dan untuk memanipulasi proses fermentasi di dalam rumen.
- Dua versi dibangunkan iaitu (i) bukan – berubat cacing dan (ii) berubat-cacing.
- Apabila digunakan dengan betul, peningkatan prestasi pengeluaran adalah seperti berikut:
(i) Selera makan (40 – 60 %) (ii) Kadar pertumbuhan (30 – 70%) (iii) Pengeluaran susu (50 – 80 %) (iv) Kesuburan (40 – 60 %) - Faedah lain: Meningkatkan berat lahir anak, mencepatkan jarak masa beranak dan mengurangkan kadar kematian anak.
- Meningkatkan pengambilan sumber makanan berkualiti rendah (50 – 80 %)
- Meningkatkan pendapatan penternak (60 – 90 %)
Perbandingan Kekuatan NUTRIBLOK Berbanding Dengan Garam Jilat | | NUTRIBLOK | GARAM JILAT | | (Keluaran Tempatan) | (Diimport) | | Tenaga | Tidak | Ya | | Protien | Tidak | Ya | | Serabut | Tidak | Ya | | Mineral | Ya | Ya | | Lemak | Tidak | Ya | | Vitamin | Tidak | Ya | | Pengawalan Parasit | Tidak | Ya | | Lepas Perlahan | Ya | Ya | | Nutrien terkawal | Tidak | Ya | | Kaedah Pengeluaran | Tekanan | Sejuk | | Kos Pengeluaran | Tinggi | Rendah | | KESAN TERHADAP PRESTASI TERNAKAN | | Selera Makan | * | *** | | Kadar Pertumbuhan | * | *** | | Kesuburan | * | *** | | Pengeluaran Susu | * | *** | | Pengawalan Parasit | - | **** | | Kesihatan Umum | * | *** | | Kecekapan Penukaran Makanan | * | ** | | Nisbah Daging: Tulang | - | ** | | Penggunaan rufaj berkualiti rendah | * | **** | |