Penafian Jumaat, 18 05 2012 bersamaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg

mySMS

mySMS adalah Gerbang SMS Kerajaan yang merupakan satu inisiatif untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui SMS dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor tunggal SMS iaitu 15888.

Berbanding sebelum ini agensi-agensi kerajaan menyediakan perkhidmatan SMS melalui pelbagai nombor yang berbeza mengikut setiap agensi. Langkah ini akan memudahkan orang ramai mengingat nombor dan dapat mengelakkan kekeliruan.

Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, orang ramai akan dapat berurusan dengan pelbagai agensi melalui SMS selain daripada saluran perkhidmatan yang sedia ada seperti berurusan melalui kaunter, telefon, Internet dan sebagainya.
 
Dalam konteks MARDI, perkhidmatan berikut ditawarkan melalui mySMS:
 
1. e-Latihan
 
Perkhidmatan untuk mengetahui status permohonan kursus. Pemohon cuma perlu menaip dalam telefon bimbit seperti berikut
 
MARDI<Jarak>ELATIHAN<Jarak>Nombor K/P<Jarak>Kod Latihan
 
dan hantar ke 15888.
 
2. e-Bookshop
 
Perkhidmatan untuk mengetahui status pesanan buku. Pemohon cuma perlu menaip dalam telefon bimbit seperti berikut
 
MARDI<Jarak>EBOOKSHOP<Jarak>Nombor Invois
 
dan hantar ke 15888.
 
3. e-Jawatan
 
Perkhidmatan untuk mengetahui status permohonan jawatan di MARDI. Pemohon cuma perlu menaip dalam telefon bimbit seperti berikut
 
MARDI<Jarak>EJAWATAN<Jarak>Nombor K/P<Jarak>Kod Jawatan
 
dan hantar ke 15888.