Hibrid Leucaena Baru & Leucaena Rendang Untuk Tanah Berasid  Leucaena, sejenis kekacang yang berpohon rendah mempunyai potensi yang baik sebagai protein foraj yang berkualiti tinggi dalam kawasan tropika seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, salah satu kekurangan Leucaena ini ialah pertumbuhan lambat di tanah yang berasid kurang dari pH 5. Penemuan toleransi Leucaena dalam tanah berasid bermula pada tahun 1980 dengan menggunakan hibrid antara tetraploid L.leucocephala dengan tetraploid L.diversifolia yang mempunyai toleransi terhadap tanah berasid. Pemilihan dan sekatan progeni hibrid melalui span selama 8 tahun menghasilkan 2 titisan hibrid terpilih yang lebih baik. Dua titisan hibrid ini dikenali secara komersial sebagai Leucaena Bharu dan Leucaena Rendang yang menunjukkan prestasi agronomi yang lebih baik di tanah berasid dengan penghasilan bahan kering lebih 35% daripada Leucaena biasa. Perbandingan pencapaian agronomi hibrid Leucaena dan kawalan (ML 1) Leucaena | Pembungaan (%) | Tinggi Pokok (cm) | Lilitan Pokok(cm) | Kerosakan Pysllid (skor) | Hasil DM (kg/ha) | Bharu | 52.9 | 140 | 0.99 | 2.77 | 13, 540 | Rendang | 48.8 | 121 | 0.83 | 2.75 | 13, 226 | Kawalan (ML1) | 85.4 | 118 | 0.72 | 3.17 | 9, 826 | |