Khamis, 21 08 2014 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

  $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg      

IP Policy

Pernyataan Polisi
Polisi ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalaman bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) agar pengurusan Hak Harta Intelek (IPR) Institut dilaksanakan dengan sempurna. Perkara ini dilakukan untuk menggalakkan kerja-kerja penyelidikan yang kreatif dan berkualiti tinggi dalam membangunkan reka cipta dan inovasi, dan seterusnya pemindahan teknologi. Semua harta intelek yang dihasilkan oleh kakitangan MARDI adalah menjadi hak milik MARDI.

Tafsiran
Dalam Polisi ini, "pencipta" ertinya seseorang yang merupakan pencipta, penulis atau pembiak baka, "pekerja" ertinya seseorang yang bekerja atau telah bekerja di bawah kontrak pekerjaan, atau yang berada dalam penggajian, atau bagi maksud MARDI termasuklah mereka yang menjalani latihan sangkut dan yang menjadi penyelidik bersama.

Objektif
Objektif polisi ini adalah untuk memastikan bahawa aktiviti harta intelek MARDI dijalankan mengikut mandat teras dan strategi perniagaan supaya membawa hasil yang optimum untuk MARDI dan kakitangannya.

Harta Intelek
Bagi tujuan polisi ini, 'harta intelek' bermakna maklumat, idea, ciptaan, inovasi, kerja seni, reka bentuk, teks sastera dan perkara lain atau bahan lain yang boleh diberi perlindungan undang-undang atau tertakluk kepada hak tertentu di sisi undang-undang dalam mana-mana kaedah yang dinyatakan dalam Dasar ini dan termasuklah hak-hak yang berikut yang diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan / atau negara lain:

  • Hak asas di bawah Akta dan Peraturan berikut:
    • Akta Jenayah Komputer 1997,
    • Akta Hakcipta 1987,
    • Akta Tandatangan Digital 1997,
    • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996,
    • Akta Paten 1983,
    • Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004,
    • Akta Cap Dagangan 1976,
    • dan mana-mana Akta lain yang berkaitan.
  • Hak tanggungjawab kontrak;
    • Sumber biologi yang dimiliki atau dalam milikan yang tidak tertakluk kepada tuntutan mana-mana pihak ketiga termasuk sumber genetik yang merujuk kepada tumbuh-tumbuhan, binatang, mikro-organisma, sel, gen atau sebahagian daripadanya, populasi, atau mana-mana komponen biotik lain dalam ekosistem yang berguna atau berpotensi digunakan atau bernilai untuk kemanusiaan.
    • Bahan yang diperoleh daripada mana-mana Perjanjian Pemindahan Bahan, iaitu kontrak atau perjanjian yang melibatkan penyediaan bahan-bahan biologi sebagai pertukaran untuk manfaat kewangan atau bukan kewangan.
    • Rahsia perdagangan dan maklumat yang tertakluk kepada kewajipan kesetiaan seorang pekerja itu kepada MARDI.
    • Cap dagangan tidak berdaftar yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan dalam perniagaan.
  • Sumber Manusia;
    • Pengetahuan tersirat kakitangan MARDI.
    • Hak-hak lain hasil daripada aktiviti intelektual dalam bidang saintifik, perindustrian, perdagangan, kesusasteraan dan seni.

Pemilikan

  • Tuntutan Pemilikan
    • Tertakluk kepada peruntukan lanjut Polisi ini, MARDI ialah pemilik semua harta intelek dalam keadaan seperti berikut:
      • Harta Intelek yang dicipta oleh pekerja MARDI yang bertugas di MARDI, termasuk mereka yang sedang dalam kursus pengajian, sama ada dibayar atau tidak oleh MARDI.
      • Penciptaan harta intelek yang penghasilannya telah dilaksanakan bersama MARDI atau oleh mana-mana pihak ketiga sama ada bagi pihak MARDI atau menurut kuasa perjanjian dengan MARDI melalui peruntukan sumber, kemudahan, radas, penyeliaan, gaji atau pembiayaan lain.

Mukasurat: 1  2  

Tarikh Kemaskini 20 Ogos 2014 10:01 AM