Menjadi Perpustakaan penyelidikan yang unggul dengan menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang relevan di dalam bidang pertanian tropika dan bidang yang berkaitan dengannya untuk menyokong misi Institut.
Objektif
Membangun dan menguruskan koleksi perpustakaan di ibu pejabat MARDI dan stesen-stesen untuk menyokong aktiviti dan program institut.
Menyediakan perkhidmatan maklumat terbaik dalam bidang pertanian dan yang berkaitan dengannya.
Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan, pembelajaran dan penyelidikan.
Mempromosikan penggunaan teknologi maklumat dalam persekitaran perpustakaan.
Memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan MARDI dan negara.