Khamis, 28 08 2014 bersamaan |

Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

  $titleoribg $titleoribg $titleoribg $titleoribg      

Skop Penyelidikan


Kluster teknologi bagi tanaman industri meliputi ubi keledek, ubi kayu (kedua-dua varieti kanji dan varieti sajian), kelapa, lada hitam, rosel, kopi, jagung dan tembakau (awet panas dan Burley). Walaupun beberapa tanaman ini kini didapati di pasaran segar, tanaman ini lebih berpotensi sebagai bahan mentah untuk pemprosesan hiliran produk tambah nilai.

Pada masa yang sama, penyelidikan ke atas tanaman industri mempunyai skop yang melibatkan disiplin seperti pembiakbakaan dan pemilihan varieti baru, agronomi (amalan kultura dan pengurusan kesuburan tanah), pengurusan perosak & penyakit (termasuk rumpai) dan pengendalian lepas tuai tanaman yang dihasilkan.Walaupun disiplin ini dikendalikan oleh kakitangan penyelidikan Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, terdapat juga sokongan penyelidikan dalam bidang mekanisasi (oleh Pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi), kultur tisu sebagai satu kaedah untuk menghasilkan bahan tanaman bebas virus dalam ubi keledek dan ubi kayu (oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi) dan pembangunan produk (oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan).

Percubaan dijalankan di stesen penyelidikan di pelbagai jenis tanah dan ekologi pertanian yang sedang ditanam dengan tanaman industri, atau mempunyai potensi untuk penanaman masa hadapan.Ini termasuk tanah mineral (Serdang, Seberang Perai, Kluang iaitu stesen masing-masing di Selangor, Pulau Pinang & Seberang Perai dan Johor), tanah liat aluvium (stesen Teluk Intan di Perak), bris (Stesen Telong di Kelantan), tanah bekas lombong (Stesen Kundang di Selangor), tanah asid sulfat (Stesen Kuala Linggi di Melaka) dan tanah gambut (Stesen Pontian di Johor).Ujian pengesahan pelbagai lokasi dan tempatan juga dilaksanakan di stesen-stesen agensi lain di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga di ladang petani.

    Dengan pendekatan ini, MARDI telah berjaya mencipta pakej teknologi pengeluaran yang lengkap untuk setiap tanaman.Pakej teknologi ini telah diterbitkan dalam bentuk yang praktikal sebagai Manual Teknologi Pengeluaran.

 
Tarikh Kemaskini 26 Ogos 2014 06:55 PM